KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun 8.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ketiga 2023 (ME 3/2023) iaitu dari 15 hingga 21 Januari berbanding minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 mencatatkan penurunan 28.6 peratus bagi pesakit kategori satu hingga lima.
"Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 bagi katil bukan kritikal menurun sebanyak dua peratus dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menurun sebanyak dua peratus," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan.
Selain itu, dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), kumulatif kes baharu COVID-19 ialah sebanyak 5,034,521 kes, kumulatif kes sembuh (4,987,642 kes), kumulatif kes kematian (36,932 kes) dan kumulatif kluster sebanyak 7,169 kluster dengan lima kluster aktif.
Dr Noor Hisham memaklumkan bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun 27.6 peratus iaitu 3,288 kes kepada 2,379 kes manakala bilangan kes baharu menurun 17.3 peratus iaitu 2,525 kes kepada 2,088 kes berbanding minggu sebelumnya.
Beliau berkata bilangan kes tempatan menurun 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes) manakala bilangan kes import menurun 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes), manakala jumlah kes kematian menurun 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes).
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 pula menurun 7.9 peratus iaitu 10,901 kes kepada 10,042 kes, katanya.
Hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara hingga ME 3/2023 mendapati 17 sampel Penyakit Seperti Influenza (ILI) dikesan positif COVID-19 manakala sebanyak 5.9 peratus Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif COVID-19.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sempena sambutan Tahun Baharu Cina meskipun keadaan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dengan pelaporan kes yang rendah iaitu kurang 500 kes sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023

Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.