IPOH: Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan kerana ia berisiko mengancam nyawa.
"Kita sentiasa berpegang kepada peraturan dan garis panduan sedia ada dan ia menjadi rujukan utama bagi mana-mana agensi di negeri ini. Sebab itulah kita tubuhkan Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri Perak pada 2022.
"Kerajaan negeri tidak boleh ambil keputusan secara terburu-buru hanya kerana satu kes sahaja untuk kita membuat dasar, sebaliknya mengambil kira semua aspek dan paling penting adalah faktor keselamatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di sini hari ini.
Pada 8 April lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, maut akibat ditimpa batu di Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.30 pagi.
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pulau Pangkor sedang membawa rakannya warga Vietnam melawat tempat pelancongan berkenaan.
Susulan itu, kawasan pelancongan itu ditutup sementara sehingga laporan penuh insiden itu disiapkan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
Berhubung gesaan penduduk Taman Saikat supaya tempat itu ditutup selamanya, Saarani berkata kerajaan negeri akan meneliti perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita ambil maklum gesaan dan saranan yang disuarakan penduduk... semua aspek berkaitan kes ini diambil maklum, namun ia bergantung kepada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa kelak yang telah pun bermesyuarat.
"Kita juga dimaklumkan hasil siasatan mendapati berlaku ubah suai pada struktur gua termasuk di kaki bukit oleh 'tangan' tertentu yang sepatutnya tidak boleh diusik.
"Macam kes yang berlaku di Qing Xin Ling, pihak pengusaha telah memasang pelindung bagi objek jatuh sebagai langkah keselamatan, namun tahap keselamatan tidak mencukupi," katanya.
Menurut Saarani Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah mengeluarkan pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan setiap pengusaha mempertingkatkan aspek keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
![Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702529136_TBSaaraniMohamad.jpg)
Saarani Mohamad berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan kerana ia berisiko mengancam nyawa. - Gambar fail/Bernama
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736311801_JejuAiraircraft.jpg)
Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air
Korea Selatan AS memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen utama.
![Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air ditamatkan Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736051905_SouthKoreaPlane.jpg)
Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air ditamatkan
Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad menamatkan operasi pencarian di lokasi nahas pesawat Jeju Air, seminggu selepas kemalangan maut yang meragut 179 nyawa ketika proses pemulihan hampir selesai.
![Polis serbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan berkaitan nahas pesawat Jeju Air Polis serbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan berkaitan nahas pesawat Jeju Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735803316_JejuAir.jpg)
Polis serbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan berkaitan nahas pesawat Jeju Air
Polis pada Khamis menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pejabat Jeju Air dan beberapa lokasi lain berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa.
![Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735569648_KazakhstanEmbraer.jpg)
Kotak hitam pesawat Azerbaijan Airlines terhempas dihantar ke Brazil
Keputusan telah dibuat untuk menghantar kotak hitam pesawat penumpang Embraer 190, yang terhempas berhampiran Aktau, ke Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA).
![Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734164108_DzulkeflyAhmad.jpg)
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
![Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734155559_TBZiiJia.jpg)
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
![Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729852402_KetuaPolisSelangor.jpg)
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
![MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733552146_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.
![Mayat ibu dalam peti sejuk: Suspek belum sihat, polis akan sambung reman Mayat ibu dalam peti sejuk: Suspek belum sihat, polis akan sambung reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731907093_IPDBrickfieldsKu.jpg)
Mayat ibu dalam peti sejuk: Suspek belum sihat, polis akan sambung reman
Polis akan menyambung reman seorang lelaki berhubung siasatan penemuan mayat wanita dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, pada minggu lepas.