MUAN (Korea Selatan): Polis pada Khamis menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pejabat Jeju Air dan beberapa lokasi lain berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Polis Wilayah Jeonnam melaksanakan operasi geledah dan rampas di lapangan terbang terletak di barat daya Korea Selatan, pejabat Jeju Air di Seoul dan pejabat Muan di Pejabat Wilayah Penerbangan Busan, menurut pegawai.

Waran geledah dikeluarkan atas dakwaan kecuaian profesional yang mengakibatkan kematian, jelas pegawai.

Pada Ahad, pesawat penumpang Jeju Air dari Bangkok melanggar tembok luar Lapangan Terbang Antarabangsa Muan ketika melakukan pendaratan kecemasan, menyebabkan 179 daripada 181 orang di dalam pesawat itu terkorban.

-- BERNAMA