KUALA LUMPUR: Trafik penumpang udara Malaysia mencatatkan peningkatan ketara 12.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.0 juta menjelang Mei 2024, dan naik 0.8 peratus dari bulan ke bulan berbanding April 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim melalui satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan itu didorong oleh kenaikan perjalanan antarabangsa, dengan rantau ASEAN serta bukan ASEAN menyumbang walaupun terdapat sedikit penyusutan dalam trafik domestik daripada bulan sebelumnya.
"Trafik penumpang udara bukan ASEAN mengalami lonjakan dari bulan ke bulan tertinggi pada 2.9 peratus, menokok daripada 1.9 juta yang dicatatkan pada April kepada 2.0 juta pada bulan seterusnya.
"Secara keseluruhan, trafik antarabangsa menyaksikan pertumbuhan 2.2 peratus dari bulan ke bulan," katanya.
Saripuddin berkata angka trafik Mei 2024 menunjukkan daya tahan selain pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan, khususnya trafik antarabangsa, yang merupakan petunjuk positif mengenai perjalanan global dan persekitaran pelancongan.
"Dengan pemulihan laluan antarabangsa yang lebih banyak termasuk tambahan kekerapan penerbangan, kami menjangkakan trend ini akan berterusan.
"MAVCOM kekal berdedikasi bagi menyokong pemulihan industri penerbangan, memastikan standard kualiti perkhidmatan lapangan terbang yang tinggi dan melindungi hak pengguna," tambahnya.
Jumlah trafik penumpang udara untuk Mei 2024 telah mencapai 97.2 peratus daripada sebelum paras pra-pandemik, dengan trafik penumpang antarabangsa menunjukkan daya tahan yang luar biasa, mencapai paras 99.8 peratus berbanding hanya 4.1 juta penumpang pada Mei 2019.
"Trafik domestik juga menunjukkan pemulihan mantap pada 94.7 peratus daripada paras 2019, berjumlah 3.9 juta penumpang pada Mei 2024 berbanding 4.1 juta yang disaksikan semasa April 2019," katanya.
Untuk lima bulan pertama 2024, trafik penumpang udara terkumpul kekal pada 38.5 juta, tambahan 16.0 peratus dari tahun ke tahun daripada 33.2 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.
Trafik penumpang udara antarabangsa melonjak kepada 19.9 juta, menandakan kemajuan 38.3 peratus daripada 14.4 juta dalam yang direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama 2023.
"Lonjakan ini menekankan pemulihan teguh industri penerbangan termasuk pemulihan laluan dan frekuensi antarabangsa.
"Sebaliknya, trafik penumpang domestik merosot sedikit sebanyak 1.1 peratus dari tahun ke tahun kepada 18.6 juta, turun daripada 18.8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini," kata suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Secara keseluruhan, trafik antarabangsa menyaksikan pertumbuhan 2.2 peratus dari bulan ke bulan. - Gambar fail/Bernama
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Trafik penumpang udara lonjak 12.2 peratus pada Mei - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia mencatatkan peningkatan ketara 12.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.0 juta menjelang Mei 2024.