Kerajaan akan memastikan pengusaha Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak akan 'gulung tikar' apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun tegasnya, PKS akan terus diberi peluang untuk bersaing di pasaran global.
"Kerajaan tidak akan ubah dasar buruh kita, malah ramai pihak bimbang bahawa PKS tidak akan dapat bersaing dan ramai akan gulung tikar. Tidak.
"Dalam pasaran terbuka, PKS sudah bersedia untuk bersaing di peringkat domestik dan global," katanya semasa membentangkan usul mengenai TPPA di Dewan Negara di sini hari ini.
Ujar beliau, Malaysia memainkan peranan yang besar dalam memastikan TPPA dapat membantu PKS.
"Suka cita dimaklumkan, semalam kita ada beritahu kita akan buat perjumpaan dengan PKS.
"Kerajaan sedar ini perlu dilakukan supaya PKS termasuk Bumiputera dapat terlibat dalam rantaian global secara global," tambahnya lagi.
Pada masa ini katanya, 18 peratus syarikat PKS sudah terlibat dalam pasaran eksport global.
"Syarikat PKS seperti pengeluar tongkat ali, lepas ini cukai mereka akan jadi 0 peratus. Syarikat seperti Adabi pula eksport ke luar negara.
"Oldtown ada 300 outlet seluruh dunia. Kita bersyukur ada PKS yang keluarkan barangan untuk eksport. Kerajaan akan pastikan syarikat ini dapat tembusi pasaran TPPA apabila terlaksana pada 2018," jelas beliau.
Pada Rabu, Dewan Rakyat meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam TPPA selepas mendapat sokongan 127 Ahli Parlimen melalui proses pengundian.
Dalam pengundian itu, 84 Ahli Parlimen menolak usul berkenaan.
Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai TPPA diadakan selama dua hari.
Usul itu kemudian dibawa ke Dewan Negara untuk kelulusan dalam Sidang Khas mengenai TPPA yang bersidang hari ini.
Malaysia dijangka menandatangani TPPA pada 4 Febuari depan di Auckland, New Zealand.
26 pindaaan dijangka dilakukan ke atas 17 undang-undang dan peraturan berkaitan TPPA yang melibatkan negeri dan Persekutuan, perlu dipinda dalam tempoh dua tahun.
Selain Malaysia, 11 lagi negara yang terlibat dengan TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan pada 5 Oktober 2015.
BACA: Kerajaan kini sedia hadapi cabaran, peluang menerusi pelaksanaan TPPA
Rahimah Abdullah
Thu Jan 28 2016
Menurut Mustapa, pada masa ini sudah 18 peratus syarikat PKS terlibat dalam pasaran eksport global. - Gambar fail
Kes IPIC: 'Nama saya sudah bersih' - Irwan Serigar
'Nama saya sudah bersih' - Irwan Serigar
[TERKINI] Lebih 8,000 mangsa banjir di Kelantan, negeri paling terjejas
Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan yang menjadi negeri paling terjejas teruk ketika ini.
Kereta dihanyutkan air, lelaki warga emas meninggal dunia
Mangsa Bangau Amping, 75 tahun maut ditempat kejadian selepas kenderaan yang dinaikinya dihanyutkan air ketika cuba meredah banjir di Selirik, Kapit awal pagi Rabu.
Program Rakan Muda: Penglibatan akan dikira dalam pentaksiran aktiviti sukan kokorikulum
Menteri Belia Dan Sukan berkata KBS akan meneroka lebih banyak insentif lain bersama KPM dan KPT bagi penglibatan pelajar sekolah dan IPT dalam Program Rakan Muda.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Program Rakan Muda: Kementerian meneruskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda
Menteri Belia Dan Sukan berkata Kementerian meneruskan 10 gaya hidup Rakan Muda dan memperbanyakkan pertandingan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Program Rakan Muda akan terus dilaksanakan - Hannah Yeoh
Menteri Belia Dan Sukan berkata program Rakan Muda akan terus dilaksanakan diseluruh negeri dan daerah. Tumpuan diberikan dalam bentuk pertandingan sebagai satu platform penyerlahan bakat anak muda dalam pelbagai bidang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pantai Timur
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di tiga negeri pantai timur sehingga Jumaat (29 November).
Kubang Pasu dilanda banjir selepas hujan berterusan selama dua hari
Lebih 10 buah rumah di Kampung Nang Mah dinaiki air setinggi 1.3 meter.
Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau dahan jantan yang dipercayai berkeliaran di pinggir Kampung Lubuk Tualang di Sik, pagi semalam.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.