KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya.
Ahmad Zahid menerusi kenyataan di Facebook berkata perayaan berkenaan merupakan simbol kepelbagaian budaya yang menjadi aset penting bagi negara Malaysia serta melambangkan kesyukuran dan penghargaan kepada hasil tuaian.
Beliau berkata sebagai negara berbilang kaum serta terkenal dengan keharmonian dan toleransi antara masyarakatnya, kegembiraan menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dikongsi tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan budaya.
"Ia mengingatkan kita tentang pentingnya mempertahankan, menghargai kepelbagaian ini serta mengukuhkan jalinan persaudaraan antara kita, semoga perayaan tahun ini membawa kegembiraan, kesyukuran dan perpaduan yang lebih erat.
"Marilah kita terus bersatu hati dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini," katanya.
Fadillah pula mengajak semua untuk meraikan Pesta Kaamatan dengan penuh kegembiraan, mengeratkan lagi silatulrahim sambil mengabadikan nilai dan adat turun temurun, menyatakan kesyukuran di atas rezeki serta hasil tuaian yang baik.
"Moga semangat meraikan semua perayaan dalam kepelbagaian di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini juga akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.
"Semoga tuaian padi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan terus bertambah melimpah, membawa bersamanya kebaikan dan kemakmuran kepada semua, Kaamatan, melangkaui keterjaminan makanan," katanya di Facebook.
Tidak ketinggalan memberikan ucapan menerusi platform sama ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang berharap sambutan berkenaan akan memperkukuh semangat kebersamaan dan persaudaraan, serta memelihara perpaduan dan keharmonian sedia terjalin.
Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang pula mengajak seluruh masyarakat untuk menyambut perayaan Hari Gawai dan Kaamatan sebagai tanda menghargai setiap kumpulan etnik di negara ini.
Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menzahirkan harapan supaya sambutan pesta berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan masyarakat dari pelbagai latar belakang.
Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok manakala Hari Gawai disambut Sabtu dan Ahad ini oleh masyarakat Dayak di Sarawak, kedua-duanya sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
Menteri Digital Gobind Singh Deo pula mengharapkan semoga perayaan itu kali ini sarat dengan keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan bersama keluarga dan sahabat handai.
"Bagi yang menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, semoga ia disambut dengan penuh ceria dan kemeriahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Ahmad Zahid berkata perayaan berkenaan merupakan simbol kepelbagaian budaya yang menjadi aset penting bagi negara Malaysia serta melambangkan kesyukuran dan penghargaan kepada hasil tuaian. - FB Zahid Hamidi

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya