JAKARTA: Tourism Malaysia mengalu-alukan pelancong Indonesia yang lengkap vansin COVID-19 untuk datang ke Langkawi, selepas hampir dua tahun penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19.
Menjelang percutian Krismas dan Tahun Baharu, pelancong boleh meluangkan masa bersama keluarga dan rakan di pulau itu tanpa perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Haryanty Abu Bakar yang mengetuai kempen promosi di Indonesia berkata, agensi itu telah menerima maklum balas sangat positif daripada ejen pelancongan sejak pengumuman Gelembung Perjalanan Langkawi.
"Mereka teruja dan mahu tahu lebih lanjut tentang program itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jerayawara secara maya akan dipergiat menerusi 200 ejen pelancongan di seluruh Indonesia.
Tourism Malaysia setakat ini telah mengadakan jerayawara di Yogyakarta, Jakarta dan kawasan sekitarnya.
Mengulas lanjut, pengembara Indonesia mesti mengemukakan pengesahan tempahan daripada ejen pelancongan berdaftar, tiket penerbangan pergi balik yang dicetak serta perlindungan insurans perjalanan dan perubatan bernilai US$80,000.
Selaras dengan peraturan kerajaan, Haryanty menegaskan mereka mesti menunjukkan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif atau melakukan ujian saringan sejurus tiba di lapangan terbang.
Mereka bebas menyertai semua aktiviti di pulau itu termasuk membeli-belah dan bersiar-siar jika keputusan negatif.
"Pelancong Indonesia dibenarkan melakukan perjalanan ke mana-mana negeri yang dibenarkan di Malaysia selepas tujuh hari kecuali di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
"Mereka boleh memilih sama ada untuk menggunakan pakej pelancongan di bawah pengendali pelancongan berdaftar dan berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan atau meneruskan percutian sebagai Free Independent Traveller," kata Haryanty.
Sebelum pandemik melanda, beliau berkata 3.6 juta pelancong Indonesia mengunjungi Malaysia pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
![Tourism Malaysia tingkat promosi tarik pengembara Indonesia Tourism Malaysia tingkat promosi tarik pengembara Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635470025_LangkawiUNESCOGlob.jpg)
Agensi itu telah menerima maklum balas sangat positif daripada ejen pelancongan sejak pengumuman Gelembung Perjalanan Langkawi. - Gambar fail/Langkawi UNESCO Global Geopark
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718948920_tourismmalaysia.jpg)
Tourism Malaysia raih Anugerah Perak di Drum Marketing Awards APAC
Ia satu pengiktirafan untuk kempen 'Selamat Kembali ke Malaysia' oleh BBC StoryWorks untuk Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada 2023.
![Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718359722_tbTiongKingSingM.jpg)
Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong
Kenal pasti kelemahan untuk diperbaiki juga kekuatan untuk diperkuatkan lagi untuk menggamit lebih ramai pelancong datang ke negara ini.
![Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717889517_tbbalaiseninegara.jpg)
Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya
Usaha menarik potensi lebih ramai pelawat ke Langkawi bakal dilakukan dengan memanfaatkan seni dan budaya, sebagai tarikan utamanya.
![Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717830788_TBsandbarwalk.jpg)
Tourism Malaysia sasar 220 juta pelawat domestik tahun ini
Tourism Malaysia menyasarkan bilangan pelawat domestik sebanyak 220 juta orang dengan jumlah perbelanjaan RM88 bilion pada tahun ini.
![Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713045135_tourismmalaysia.jpg)
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
![Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672661300_YeohSoonHin.jpg)
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
![Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71711941291_MANOHARANPERIASAMY.jpg)
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
!['Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat 'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710516614_TBtourism.jpg)
'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat
Perlis ketengah identiti destinasi eko pelancongan unggul bagi menarik kedatangan pelancong dan ia disemarakkan dengan pelbagai kerjasama.
![Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026 Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710134020_MOTACFirdausAkbar.jpg)
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
![Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709180763_TBMOHDSHAHRIRMOH.jpg)
Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan
Tourism Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan.