KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan GoPro dalam usaha menggiatkan semula industri pelancongan bagi mempromosikan keindahan kehidupan dan destinasi-destinasi di Malaysia menerusi pembikinan video ‘Dream Malaysia’.
'Dream Malaysia' merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa selain memberi inspirasi kepada Keluarga Malaysia untuk melancong ke lokasi-lokasi unik yang masih belum diterokai serta mencipta kenangan baharu dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro.
Kempen ini bermula pada Mac 2021 dengan penganjuran pertandingan video 'Dream Malaysia Challenge' antara 13 hingga 28 Mac di mana orang ramai berpeluang memenangi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian berasaskan alam semula jadi yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.
Pertandingan ini telah berjaya meraih sebanyak 133 penyertaan. Dengan pemansuhan sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi yang tinggi, rakyat Malaysia kini boleh merealisasikan impian mereka untuk melancong di dalam negara.
Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam ucapan perasmiannya berkata, ‘Dream Malaysia’ menyaksikan gabungan kerjasama yang memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan industri pelancongan negara.
Terdapat pelbagai tarikan di Malaysia tetapi masih ada yang belum mendapat perhatian para pelancong, terutamanya produk-produk ekopelancongan dan pelancongan desa.
Melalui GoPro, kami mahu menampilkan kandungan dan perspektif baharu melalui pengalaman pengembaraan yang menakjubkan bagi Keluarga Malaysia dan warga dunia.
Sementara itu, Rick Loughery, Naib Presiden Pemasaran Global dan Komunikasi di GoPro yang turut hadir menyatakan pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan mempamerkan destinasi-destinasi yang menakjubkan di Malaysia.
Matlamat GoPro adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk merakam dan mengabadikan memori mereka melalui pelbagai sudut manakala Tourism Malaysia memainkan peranan dalam mengetengahkan destinasi-destinasi yang kaya dengan tarikan dan budaya.
Pasukan GoPro serta penyedia kandungan (content creators) di bawah pengendalian Tourism Malaysia telah mengembara ke beberapa negeri untuk menerokai destinasi tempatan yang belum diterokai. Dengan penemuan keindahan produk-produk pelancongan yang tersembunyi, mereka telah memperoleh pengalaman dan mencipta kenangan yang unik di sekitar Malaysia menggunakan kecanggihan kamera GoPro.
Baki Zainal, Duta Global GoPro yang turut mengambil bahagian dalam perjalanan yang menarik itu berkata: “Kenangan bersama haiwan laut di perairan jernih Pulau Tioman serta pengalaman di kawasan alam semula jadi yang hijau di Malaysia pastinya tidak akan dilupakan. Dengan bantuan kamera GoPro yang terkenal sebagai peranti pengimejan yang serba boleh dan berprestasi tinggi di pasaran, kami berharap kandungan yang disediakan akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menerokai destinasi-destinasi unik di seluruh Malaysia.”
Video-video yang dihasilkan akan dikongsikan melalui platform media sosial GoPro dan Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram dan Facebook GoPro (@gopromysg) serta laman Instagram Tourism Malaysia (@malaysia.truly.asia) dan Facebook (@malaysia.travel.my).
Kenyataan Media
Wed Jan 26 2022

Nancy berkata, Dream Malaysia menyaksikan gabungan kerjasama yang memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan industri pelancongan negara. - Gambar/ MOTAC
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.
Isu buli: Keyakinan terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata perkara itu dilihat berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.
Bantuan RM150 pada 100,000 murid tingkatan 6 - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan berkata Kerajaan MADANI komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan Ibu bapa diperluaskan kepada kira-kira 100,000 murid tingkatan 6.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Suri rumah didakwa bunuh suami
Seorang suri rumah didakwa atas pertuduhan membunuh suaminya dengan menikam mangsa di sebuah pangsapuri di Kajang.

MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.

TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.

Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.

Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.

KCCM 2024: Pelbagai tarikan perhebat pelancongan domestik
Pengunjung yang hadir ke KCCM 2024 berpeluang memilih lebih daripada 200 pakej pelancongan yang ditawarkan lebih 100 penggiat industri.

Pelancongan, seni dan budaya Malaysia ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026
Bagi merancakkan produk pelancongan tempatan dan menarik lebih ramai pelancong domestik, Tourism Malaysia menganjurkan Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024.

Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.

KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.