KENINGAU: Toleransi kaum dan agama yang diamalkan sejak sekian lama masyarakat berbilang latar belakang di Sabah merupakan model terbaik yang boleh dicontohi bagi menerapkan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan rakyat di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad berkata penerimaan masyarakat Sabah dalam pelbagai bentuk hubungan menunjukkan tahap toleransi tinggi dalam kalangan mereka yang boleh dicontohi masyarakat dari seluruh negara.
"Kita dapat melihat hubungan itu melalui interaksi seharian yang berlaku dalam masyarakat Sabah dan bukannya bermusim mengikut sambutan perayaan. Selain itu, hubungan antara agama di Sabah juga sangat baik.
"Kelebihan yang kita ada di Sabah ini boleh kita gembeleng secara bersama bagi menjayakan konsep Malaysia MADANI digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya semasa berucap pada forum Malaysia MADANI di Dewan Masyarakat Keningau di sini pada Selasa.
Beliau berkata pembangunan insaniah dalam kalangan generasi muda juga harus diutamakan seiring dengan konsep Malaysia MADANI selain menitikberatkan penerapan nilai-nilai dan keindahan agama Islam.
Katanya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga telah memberikan kepercayaan kepada USIA untuk menjalankan jerayawara bagi memberi penerangan mengenai konsep Malaysia MADANI di Sabah.
Malaysia MADANI bermatlamat untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan nilai MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Sapawi berkata, pembangunan insaniah dalam kalangan generasi muda juga harus diutamakan seiring dengan konsep Malaysia MADANI. - Gambar Astro AWANI
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tolak perkauman demi perpaduan negara lebih utuh - Tiong
Budaya kunjung-mengunjung bersempena dengan perayaan masyarakat pelbagai kaum menjadi bukti kepada keharmonian dan perpaduan di negara ini.
Toleransi kaum, agama di Sabah model terbaik dicontohi bagi terap Malaysia Madani - USIA
Penerimaan masyarakat Sabah dalam pelbagai bentuk hubungan menunjukkan tahap toleransi tinggi dalam kalangan mereka.
Ma'al Hijrah: Sikap toleransi elak perbalahan merugikan - PM
Sikap toleransi atau berlapang dada bukan sahaja membolehkan negara terus membangun sehingga dihormati, malah dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan yang sia-sia dan merugikan.
Negara minoriti Islam perlu contohi Malaysia - Idris
Amalan toleransi dan muhibah yang telah lama dilaksanakan Malaysia diharap menjadi panduan kepada dunia Islam ketika ini.
Keluarga Malaysia harus jadikan perbezaan sebagai kelebihan - PM Ismail Sabri
Keluarga Malaysia yang majmuk seharusnya menjadikan perbezaan antara satu sama lain sebagai suatu kelebihan dan keistimewaan untuk merapatkan hubungan dan bukan untuk memisahkan.
Vaksin penjawat awam: Ambil pendekatan toleransi dalam tindakan - Cuepacs Sarawak
Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata ini termasuk mengenal pasti masalah sebenar faktor penjawat awam tidak mahu menerima vaksin.
Kalimah Allah: Tiada larangan buat penganut Kristian di Sarawak
Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus mempertahankan dan memelihara toleransi beragama di Sarawak.
Hari Toleransi Sedunia: Elak guna media sosial sebagai platform bertengkar
Masyarakat dalam talian atau warganet harus mengelak daripada mengeluarkan kenyataan negatif dan belajar menghormati pandangan berbeza.
Seni Khat: 12 NGO tunjuk sikap toleransi dan persefahaman tinggi
Aminolhuda Hassan berkata penerimaan kesemua NGO itu menunjukkan mereka menyedari bahawa seni tulisan khat merupakan salah satu nilai tambah.
Toleransi mudahkan tugas penjawat awam - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata penyesuaian dalam keadaan akan menjadikan setiap penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan sempurna.