ABU DHABI: Amalan toleransi dan muhibah yang telah lama dilaksanakan Malaysia diharap menjadi panduan kepada dunia Islam ketika ini untuk menyatupadukan ummah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sudah tiba masanya negara yang penduduknya minoriti beragama Islam mengikuti Malaysia untuk hidup aman damai bersama kaum muhibah dengan berpaksikan Islam sebagai agama rasmi.
Idris berkata, negara yang majoriti penduduk beragama Islam lazimnya boleh bertoleransi dengan kaum lain namun, sebaliknya pula belaku jika penduduk Islam adalah minoriti dalam sesebuah negara.
''Asas-asas yang telah kita bina di Malaysia, kita harap negara lain juga dapat ikut termasuklah dalam kalangan negara yang majoritinya penduduknya terdiri daripada bukan Islam supaya mereka juga meniru bagaimana sikap toleransi sikap yang harmoni yang wujud.
"Malahan apabila kita meletakkan konsep Keluarga Malaysia, keluarga sejahtera yang menggambarkan itulah realiti yang kita ada di negara kita ketika ini," katanya pada Isnin selepas berakhirnya persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia berlangsung dari 8 hingga 9 Mei di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Idris berkata, konsep yang telah lama diamalkan Malaysia iaitu melaksana dan menterjemahkan fiqh al-Ta'ayush iaitu meletakkan tiga prinsip utama dalam membina hubungan persaudaraan yang baik dengan seluruh komponen masyarakat.
Beliau juga melihat persidangan julung kali diadakan itu berjaya dengan menghimpunkan idea menerusi sesi perbincangan dari 105 negara melibatkan 500 perwakilan yang menyertainya dalam mendepani cabaran semasa menyatukan ummah.
Katanya, Emiriah Arab Bersatu juga menyatakan minat untuk menjadikan Malaysia sebagai hos untuk menganjurkan edisi berikutnya namun, perkara itu masih di peringkat awal perbincangan.
''Setakat hari ini, kita akan bincang dulu kerana benda (perkara) tu membabitkan soal polisi dan sebagainya mungkin perkara-perkara itu boleh dibawa ...kita boleh bincang dengan negara penganjur ini untuk kemungkinan mereka nak adakan kerjasama dan sebagainya.
"Insya-Allah perkara begitu mungkin kita boleh bawa kepada peringkat kerajaan sendiri," katanya di sini semalam.
Sempena penutup persidangan itu, lima resolusi dicapai antaranya adalah kepentingan menggunakan media tradisional dan baharu untuk membentuk kesedaran kolektif umat Islam dalam semua komuniti dan semua bahasa, membolehkan mereka memahami semua topik utama yang membimbangkan minda umat Islam pada abad ke-21.
Bertemakan Perpaduan Islam: Konsep, Peluang dan Cabaran, persidangan berlangsung dari 8 hingga 9 Mei itu menghimpunkan tokoh Islam sedunia dirasmikan oleh Menteri Toleransi dan Kebersamaan UAE, Sheikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan. - BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Datuk Idris Ahmad berkata, sudah tiba masanya negara yang penduduknya minoriti beragama Islam mengikuti Malaysia untuk hidup aman damai bersama kaum muhibah dengan berpaksikan Islam sebagai agama rasmi. - Gambar BERNAMA
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Negara minoriti Islam perlu contohi Malaysia - Idris
Amalan toleransi dan muhibah yang telah lama dilaksanakan Malaysia diharap menjadi panduan kepada dunia Islam ketika ini.