KUALA LUMPUR: Sikap toleransi atau berlapang dada bukan sahaja membolehkan negara terus membangun sehingga dihormati, malah dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan yang sia-sia dan merugikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Justeru, Perdana Menteri menyeru Keluarga Malaysia menjaga keharmonian dan perpaduan dengan mengamalkan konsep 'Tasamuh' atau toleransi, dituntut dalam Islam yang sangat bersifat universal.
"Semangat Tasamuh ini telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW semasa membangunkan kota suci Madinah di mana golongan Ansar dan Muhajirin menzahirkan sifat toleransi yang melahirkan masyarakat berkasih sayang, merentasi kaum dan warna kulit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Ma'al Hijrah 1444H/2011M bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan malam ini.
Ismail Sabri berkata semangat Tasamuh itu telah diterjemahkan Ahli-ahli Dewan Rakyat ketika sebulat suara meluluskan Rang Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti semalam yang mengetepikan perbezaan fahaman politik demi Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri berkata negara juga berjaya berhijrah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, selepas lebih dua tahun berjuang memerangi krisis berkembar kesihatan dan ekonomi akibat COVID-19 dengan semangat kebersamaan.
Beliau berkata fokus utama kini adalah untuk bersama-sama memangkin kemakmuran kesihatan dan ekonomi demi Keluarga Malaysia.
"Alhamdulillah atas usaha dan kebersamaan, impak daripada krisis yang dihadapi seluruh dunia pada hari ini dapat kita lalui biarpun kesannya tetap dirasai," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri mengajak Keluarga Malaysia menghayati peristiwa Ma'al Hijrah dan menerapkannya dalam konteks hari ini dengan berusaha mengubah diri menjadi individu lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain.
"Dalam ruang lingkup tugas tersendiri, kita semua bertanggungjawab memastikan hubungan sesama anggota masyarakat berjalan atas prinsip keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sepertimana yang ditekankan dalam konsep Keluarga Malaysia.
"Terapkanlah nilai-nilai peristiwa Hijrah ini supaya ia menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) menyeru Keluarga Malaysia menjaga keharmonian dan perpaduan dengan mengamalkan konsep 'Tasamuh' atau toleransi. - Foto BERNAMA
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
PDRM siasat pengguna TikTok tawar RM5 juta bunuh PM
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan nasional, MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
Komen jelik terhadap PM: Polis nafi anggota terlibat
Polis menafikan anggotanya terlibat dalam satu hantaran jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi media sosial pada Isnin.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Gaji graduan turut diberi perhatian dalam mesyuarat minggu hadapan - PM
Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan.
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.
AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Malaysia-Filipina: Prospek hubungan pendidikan dua negara boleh dikembangkan - Penganalisis
Prospek hubungan pendidikan di antara Malaysia dan Filipina boleh dikembangkan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua hari ke negara itu.
Pemikiran dan idealisme anak muda perlu diberi perhatian - PM Ismail Sabri
Pemikiran dan idea golongan muda di negara ini perlu diberikan ruang dalam proses libat urus dalam membangunkan negara.
Bajet 2023 rangkumi kepentingan semua segmen masyarakat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa Bajet 2023 dijangka merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat di negara ini.