NILAI: Meskipun pernah ditawarkan lebih daripada RM30,000 untuk membeli lembu sado peliharaannya yang diberi nama ‘Tam’, namun Azrin Anil Khalid, 26, tetap tidak menjualnya.
Bagi Azrin, lembu sado jantan baka Angus seberat 730 kilogram itu sangat bermakna baginya lebih-lebih lagi ‘Tam’ merupakan lembu sado paling besar dimilikinya.
“Selain baka Angus, saya ada 40 ekor lembu kategori sado lain antaranya baka Limousin, Chevrolet dan Brahman.
“Tapi si ‘Tam’ ini yang paling besar dan manja dengan saya. Sebab itu bila ada seorang penternak dari Rembau yang mahu membelinya dengan tawarkan harga sekali ganda, saya menolaknya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Negeri Sembilan Fest pada Ahad.
Menurutnya, mungkin ramai beranggapan dengan fizikal lembu sado yang besar, haiwan itu garang, tetapi sebenarnya tidak.
Ujarnya, ia bergantung kepada cara penjagaan dan jika lembu itu selalu ‘dibelai’ ia boleh menjadi haiwan yang manja.
Tambahnya, sebelum ini dia memelihara 200 ekor lembu kampung, tetapi sejak tiga tahun lalu mula berjinak-jinak memelihara lembu sado.
“Saya jual separuh lembu kampung saya sebab nak dapatkan modal untuk projek lembu sado dengan menggunakan teknologi permanian berhadas menggunakan baka import dengan mendapatkan khidmat Jabatan Veterinar.
“Berbanding lembu kampung, lembu sado ini pendapatannya tinggi kerana dagingnya banyak yang mana nilainya dua kali ganda daripada lembu biasa,” katanya.
Azrin yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, buat masa ini dia hanya menjual daging lembu sado pada musim perayaan.
Malah buat masa ini dia masih belum berhasrat menjual lembu sado peliharaannya kepada sesiapa kerana masih belum puas menjaganya.
“Walaupun masih baharu dalam bidang ternakan lembu sado, tapi percaturan saya bertukar kepada lembu sado ini boleh dianggap berbaloi,” katanya yang mempunyai kandang lembu di Port Dickson. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022
Meskipun pernah ditawarkan lebih daripada RM30,000 untuk membeli lembu sado peliharaannya yang diberi nama Tam, namun Azrin tetap tidak menjualnya. -Foto Sinar Harian
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
'Jays' nampak bengis tapi manja, suka dibelai
'Jays' pernah ditawarkan harga setinggi RM26,000 daripada seorang individu.
Tolak tawaran RM30,000 untuk jual lembu 'sado'
Bagi Azrin, lembu sado jantan baka Angus seberat 730 kilogram itu sangat bermakna baginya lebih-lebih lagi Tam merupakan lembu sado paling besar dimilikinya.
Neelofa sumbang dua ekor lembu 'sado' kepada bomba Kelantan
Lebih 20 anggota bomba 'bekerja keras' sebelum berjaya menumbangkan lembu yang dianggarkan seberat 700 kg hingga satu tan setiap seekor.
'King of Sado' lembu terbaik dikorbankan, manfaat 1,000 asnaf
Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang.
Lembu 'sado' satu tan bakal dikorbankan Isnin ini
Semua lembu tersebut akan disembelih dalam program korban perdana pada Isnin iaitu hari kedua Aidiladha.
Lembu 'sado' seberat 800 kilogram curi tumpuan pada program korban
Lembu tersebut antara enam ekor lembu yang disembelih pada Program Korban Gunung Semanggol di Markas Pas Masjid Tinggi hari ini.
Sanggup korbankan 'Merah' bernilai RM25,000 untuk Aidiladha
Walaupun ternakannya itu hanya dibela sebagai hobi namun beliau tidak akan menolak jika ada permintaan mereka yang mahu membelinya bagi menyempurnakan ibadah korban, kenduri atau majlis keraian.
Penternak 'lembu sado' tolak tawaran RM30,000
Dua penternak 'lembu sado' mendedahkan kaedah penjagaan rapi terhadap haiwan peliharaan mereka, termasuk memandikan lembu sebanyak empat kali sehari.
Manja, lembu sado 500kg laris di Aidiladha
Seekor lembu sado seberat lebih 500 kilogram menjadi tumpuan sempena ibadah korban Aidiladha di Kampung Telosan di sini.
Lembu sado satu tan dikorbankan bersempena Aidiladha
Ramai penduduk yang datang menyaksikan seekor lembu jenis Brahman seberat satu tan dikorbankan bersempena Aidiladha hari ini.