KOTA BHARU: Dua ekor lembu 'sado' baka 'Chevrolet' adalah antara tujuh ekor lembu yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
Lebih 20 anggota bomba terpaksa 'bekerja keras' sebelum berjaya menumbangkan lembu tersebut yang dianggarkan seberat 700 kilogram (kg) hingga satu tan setiap seekor.
Pengerusinya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, sebanyak 15 ekor lembu telah disumbangkan kepada pihak memerlukan termasuk di Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan tahun ini.
"Untuk setiap ekor lembu kami anggarkan dapat dibahagikan kepada 100 penerima. Bagi lembu bersaiz besar seperti baka 'Chevrolet' dianggarkan dapat diagihkan kepada 500 penerima," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin.
Sementara itu, Zainal berkata, kesemua daging korban akan diagihkan kepada golongan asnaf termasuk 150 keluarga anggota bomba yang memerlukan serta ahli keluarga anggota yang meninggal dunia. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Dua ekor lembu 'sado' baka 'Chevrolet' adalah antara tujuh ekor lembu yang disumbangkan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sempena sambutan Aidiladha tahun ini. - Gambar BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
"Kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran."

Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.

“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.

'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.

Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.

Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.

Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.

"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.

Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.

"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.