SEPERTI yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Neelofa juga turut memberitahu sebab memilih nama tersebut.

“Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

“Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa Bilal dan Abbas yang dipilih.

“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A'lam al-Nubala' disebut sebagai antara yang terawal diseksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga dijanjikan Nabi SAW.

“Sehingga ada hadis Nabi SAW bertanya... Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga dan Bilal menjawab:

“Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat!" Riwayat al-Bukhari (1149).

“Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A.

“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas,” coretnya.



Terdahulu, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua pada pukul 10.45 malam, Selasa.

Pasangan itu juga berharap kehadiran putera kedua ini membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. -- Gempak