KUALA LUMPUR : Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd Rais diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild.
Mukhti, 80, yang giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun, merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong, Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor yang mempersembahkan Wayang Kulit Jawa sejak tahun 1948 lagi.
Hikayat Fandom, yang melancarkan program Tukang Cerita Storyteller Guild, dalam satu kenyataan memaklumkan program ini ditubuhkan demi membolehkan tukang cerita merancakkan daya imaginasi generasi muda dan membangkitkan penghargaan terhadap seni budaya.
"Mukthi merupakan satu-satunya dalang di Selangor dan Malaysia khususnya masih mengingati dan menghafal 400 cerita-cerita berbentuk lisan.
"Berasal dari Nibong daerah Kuala Selangor, Tok Dalang Haji Mukhti terus menggiatkan dan memartabat serta memperjuangkan permainan wayang kulit lebih 65 tahun.
"Beliau juga menepati kriteria yang ditetapkan termasuk lebih 20 tahun berkecimpung dalam arena tukang cerita dan masih menjalankan aktiviti Tukang Cerita hingga kini," jelasnya.
Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tukang Cerita Storyteller Guild terdiri dari Hikayat Fandom bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Malaysian Publishers Association (MABOPA) Malaysia Board of Books for Young (MBBY) dan disokong oleh Think City.
Majlis Pengiktirafan Tukang Cerita Storyteller Guild pertama dilangsungkan di Pesta Buku Kanak Kanak Selangor Shah Alam melalui kerjasama Malaysia Board of Books for Young (MBBY) dan PPAS.
Sementara itu, Pengasas Hikayat Fandom dan penulis tersohor genre Hikayat, Ninot Aziz berkata,dalam setiap hikayat dan cerita rakyat tersemat budaya yang kaya ilmu, dan keindahan sastera dari
zaman silam.
"Lebih penting lagi, warisan budaya menjadikan kita peneraju masa depan yang berakar kuat dalam identiti dan kebijaksanaan warisan nenek moyang kita.
"Storyteller Guild bertujuan membawa masyarakat lebih dekat pada warisan bercerita yang mendukung segala kearifan lokal dan nilai-nilai murni kita," ujarnya dalam kenyataan sama.
Astro Awani
Sun Jul 28 2024

Majlis Pengiktirafan Tukang Cerita Storyteller Guild pertama dilangsungkan di Pesta Buku Kanak Kanak Selangor Shah Alam melalui kerjasama Malaysia Board of Books for Young (MBBY) dan PPAS. - Foto Hikayat Fandom

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.
AWANI Ringkas: Pembedahan Kosmetik Tanpa Lesen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reputasi sebagai ahli ekonomi beri kelebihan PM baru kanada
Pemimpin baharu Parti Liberal Kanada Mark Carney, dipuji kerana reputasi antarabangsanya sebagai ahli ekonomi

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.
Putera Mahkota Arab Saudi, setiausaha AS bincang perkembangan serantau
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa dalam satu pertemuan di Jeddah pada Isnin.
Mahkamah AS halang usaha hantar pulang pelajar Palestin
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memerintahkan pelajar Columbia Palestin, Mahmoud Khalil, tidak akan dihantar pulang buat masa ini sebagai sebahagian daripada tindakan keras Presiden AS Donald Trump terhadap beberapa penunjuk perasaan anti-Israel.
Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, usaha ke arah itu, antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Program Veteran MyWIRA.
[TERKINI] Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.

Cabang PKR Sabah sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, bakal kembali untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.

Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild
Mukhti, 80 tahun, giat menjalankan aktiviti Wayang Kulit Jawa sejak berumur 15 tahun ini merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong.

GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.

PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.

Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.

Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.