ALOR SETAR:Tokoh sejarawan negeri Kedah dan juga bekas pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof meninggal dunia dipercayai kerana sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini hari ini.
Pengerusi PSMCK Dr Ibrahim Bakar memberitahu bahawa Wan Shamsuddin, 88, meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang tadi dan jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarganya di sini dan difahamkan jenazah akan dikebumikan pagi esok.
"Saya amat terkejut apabila menerima berita kematian mantan pengerusi PSMCK ini kerana baru sahaja bersembang dengan Allahyarham ketika berjumpanya baru-baru ini.
"Kehilangan Allahyarham ini sangat besar bukan sahaja kepada persatuan tetapi seluruh Kedah kerana diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah berikutan Allahyarham sangat mencintai dunia sejarah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat PSMCK Mohd Faisal Mustaffa menyifatkan Allahyarham yang mesra dengan panggilan 'Tok Wan' semasa hayatnya sebagai seorang yang mesra dan mempunyai minat mendalam dalam bidang sejarah.
"Selepas meninggalkan jawatan pengerusi PSMCK, kita telah lantik beliau sebagai penasihat PSMCK kerana beliau seorang yang berpengetahuan dan kita selalu panggil beliau ke seminar dan program anjuran kita untuk menyampaikan mengenai sejarah negara khusus negeri Kedah," katanya.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor turut merakamkan ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian tokoh itu suatu kehilangan besar yang sukar dicari ganti.
Beliau berkata legasi yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang menerajui PSMCK telah memberikan impak yang besar dalam penerokaan minat terhadap aktiviti pensejarahan dan kebudayaan masyarakat negeri ini.
"Datuk Wira (Dr) Wan Shamsuddin telah membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Negeri Kedah yang bernilai tinggi.
"Semoga usaha bakti Allahyarham dibalas dengan sebesar-besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020

Wan Shamsuddin, 88, meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang tadi dan jenazah telah dibawa pulang ke kediaman keluarganya. -Gambar/ Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Devaki tokoh inspirasi kepada wanita India di Malaysia
Prabhakaran menekankan perjalanan luar biasa mendiang Devaki yang menentang arus dan meninggalkan jejak berkekalan dalam politik Malaysia.

Ingat senang nak siasat orang kaya yang curi duit? - PM Anwar
Anwar pelik apabila ada sesetengah pihak mengkritiknya dan menganggap usaha itu sebagai kejam.

JKMMS diwujud semula, martabatkan institusi Mahkamah Syariah
Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dan melantik 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan.

Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara
Dua anugerah diberikan kepada warga pendidik atas jasanya yang membawa perubahan dan kecemerlangan.

Papar kisah dan wira tempatan dalam subjek sejarah - Veteran
Mata pelajaran Sejarah perlu ditambah baik dengan memaparkan lebih banyak kisah serta peristiwa tokoh dan wira tempatan.

Bekas Imam Masjid Negara dinobat Tokoh Maal Hijrah
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad hari ini dinobat Tokoh Maal Hijrah 1443H/2021M Kebangsaan.

Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama ditubuhkan
Ia dianggotai 21 menteri, empat ketua jabatan, dua ketua GLIC, tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor.

Isu kesihatan antara perkongsian Dr Jemilah Mahmood dalam 'Leaders Speakeasy' malam ini!
stro AWANI di bawah jenama LINC meneruskan kesinambungan bicara menerusi siri terbaharu Leaders Speakeasy bersama Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Tokoh sejarawan Kedah meninggal dunia
Tokoh sejarawan negeri Kedah dan juga bekas pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof meninggal dunia hari ini.

Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
Jika ingin dibicarakan soal jasa dan sumbangan Allahyarham kepada pembangunan sosio negara, barangkali berkajang-kajang kertas pun tidak cukup.