KUALA LUMPUR: Astro AWANI di bawah jenama Learn, Interact, Network dan Create (LINC) meneruskan kesinambungan bicara menerusi siri terbaharu Leaders Speakeasy bersama Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Dr Jemilah akan mengupas isu kesihatan dalam era pandemik COVID-19 dalam program yang akan diadakan secara maya bermula pada jam 9.30 malam ini.

Bukan calang-calang individu yang dapat menggalas tanggungjawab besar sosok ternama ini.

Dr Jemilah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perubatan dan kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional serta antarabangsa.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 

Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 2019, beliau dianugerahkan sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 -- yang merupakan anugerah berprestij di rantau ini.

Anugerah itu mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti serta semangat serantau ke arah pembangunan komuniti ASEAN menjelang 2025.

Jangan lepaskan peluang untuk berbicara bersama Dr Jemilah dalam Leaders Speakeasy yang akan dihoskan oleh Rizal Zulkipli dan Rozina Aziz. Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com.

Leaders Speakeasy merupakan program digital baru Astro AWANI membincangkan pelbagai topik secara santai merangkumi perniagaan, isu kebangsaan, kesihatan, politik, usahawan dan dunia.

Jumpa nanti! 

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood merupakan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai kesihatan awam.