SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan terbabit dalam skandal projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) seperti tular baru-baru ini selain menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan membunuh karakternya.
Mohamad, yang mesra dipanggil Tok Mat, berkata dakwaan itu adalah tidak berasas memandangkan keputusan perolehan kapal berkenaan telah dibuat sebelum beliau menjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pertahanan.
"Masa (perolehan) itu saya belum ada di Persekutuan (Parlimen) saya jadi Menteri Pertahanan pada bulan 11 tak masuk akal langsung, fitnah itu sengaja dibuat untuk pembunuhan karakter, dia nak musnahkan saya," katanya ketika berucap pada program Malam Perpaduan Paroi di Dataran Senawang, di sini, malam Khamis.
Sebelum ini, tular satu rakaman di YouTube milik Raja Petra Raja Kamarudin yang mendakwa Mohamad merupakan sebagai antara individu terlibat dengan skandal berkenaan.
Pembekalan enam LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menjadi kontroversi selepas pendedahan bahawa projek berkenaan sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun mulai 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023 namun hanya siap 53.29 peratus setakat 31 Mei 2019.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menafikan satu lagi dakwaan bahawa beliau akan dipecat daripada jawatan menteri kerana tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tidak turun berkempen bersama pemimpin utama negara itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"Tahu tak Kementerian Pertahanan paling banyak dapat peruntukan khas daripada Perdana Menteri. Saya minta RM200 juta lulus untuk kita membaik pulih rumah tentera, baru-baru ini askar yang tak berpencen Perdana Menteri dengan murah hati meluluskan elaun khas bulanan RM300 bagi usia 60 tahun ke atas iaitu melibatkan hampir 50,000 anggota tidak berpencen.
"Saya minta jet pejuang, kapal perang, radar, kesemuanya lulus, ini pula nak mengadu domba mengatakan saya akan dipecat sebab saya tak bersama dalam kempen. Saya demam empat hari, 40 darjah suhu jadi janganlah mengadu domba, mengata saya macam-macam," katanya.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan naratif bahawa Kerajaan Persekutuan akan tumbang jika keputusan pasca PRN tidak memihak kepada Kerajaan Perpaduan.
Katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana apa sahaja keputusan PRN yang akan berlaku Sabtu ini, kerajaan Persekutuan tidak akan tergugat.
"...kerana ia telah pun ditubuhkan dan tidak mungkin kerajaan yang ditubuhkan dengan 2/3 majoriti ini tergugat di atas apa jua keputusan PRN kerana undang-undang Anti Lompat Parti telah pun dikuatkuasakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Mohamad berkata dakwaan itu adalah tidak berasas memandangkan keputusan perolehan kapal berkenaan telah dibuat sebelum beliau menjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pertahanan. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Wujudkan zon ekonomi khas di selatan tanah air
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: ASEAN Kita | Australia AS a strategic partner for ASEAN
Australia and ASEAN have shared a unique and evolving partnership, built on a foundation of shared economic interests, strong trade ties, and a commitment to regional stability. As the global geopolitical landscape continues to shift, how can Australia cement its role as a critical ally to ASEAN? What are the opportunities for deeper collaboration, and what challenges lie ahead?
This week on ASEAN Kita, we’ll explore the future of this vital partnership and its implications for the region with Dr. John Lee, Former Senior Adviser to Australian Foreign Minister.
This week on ASEAN Kita, we’ll explore the future of this vital partnership and its implications for the region with Dr. John Lee, Former Senior Adviser to Australian Foreign Minister.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
#AWANIRingkas 7 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 7 Januari 2025
1️⃣ Jalinan Malaysia-Singapura
2️⃣ PM Anwar + PM Singapura
3️⃣ Komitmen SPRM terhadap pegawai
#awaniringkas
1️⃣ Jalinan Malaysia-Singapura
2️⃣ PM Anwar + PM Singapura
3️⃣ Komitmen SPRM terhadap pegawai
#awaniringkas
Tarikh penerimaan tawaran ambilalih MAHB dilanjutkan
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada 17 Januari. Semua terma dan syarat tawaran kekal tidak berubah. Ketahui lebih lanjut mengenai perkembangan ini dan impaknya terhadap pasaran.
JS-SEZ: Limpahan ekonomi hasil dua negara berjiran
Temu bual eksklusif bersama penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, membincangkan potensi Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) dalam memperkukuh daya saing serantau, menarik pelaburan strategik, dan mengoptimumkan infrastruktur untuk kemajuan ekonomi.
Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Indonesia secara rasmi menyertai BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden
Naib Presiden Kamala Harris mempengerusikan sesi itu dalam peranan perlembagaannya sebagai presiden Senat.
Ernie Zakri teruja dipilih nyanyi lagu Tahun Melawat Malaysia 2026
Ernie menyifatkan peluang yang diberikan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu merupakan tanggungjawab besar buatnya untuk negara tercinta.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.