MELAKA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi syarikat subsidiarinya, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) melengkapkan Melaka dengan infrastruktur gentian optik dengan potensi capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) diperluas sehingga 1 gigabait sesaat (Gbps).
Infrastruktur itu dibangunkan untuk menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) sekali gus menghubungkan lebih 17,000 kediaman di negeri tersebut dengan menggunakan penyedia pembekal perkhidmatan runcit (RSP), iaitu Maxis, Astro, Digi dan Celcom.
Faedah infrastruktur tersebut juga telah diterima di kawasan meliputi Alor Gajah (8,500 kediaman), Malim Jaya (4,400), Ayer Keroh (500) dan sekitar Jasin (2,500).
Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dengan Allo, TNB dapat berupaya menawarkan perkhidmatan tersebut dengan lebih pantas dan merapatkan jurang digital kawasan bandar dan luar bandar di negeri itu, bahkan seluruh negara.
“Kemudahan infrastruktur gentian optik ini membuka peluang kepada lebih ramai penduduk Melaka untuk mengakses internet jalur lebar dengan harga berpatutan dan capaian kepada pelbagai sumber maklumat.
“Penglibatan TNB juga sebagai Penggerak Kemajuan Negara dan ia diperkukuh bagi menangani cabaran ekonomi digital serta Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0),” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar peringkat negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menambah, kejayaan itu dicapai susulan projek rintis HSBB yang siap kurang dari tiga bulan bermula Januari 2019 yang menghubngkan 1,100 kediaman di Taman Maju, Taman Merbau Perdana dan Felda Kemendor.
“TNB menerusi Allo mengorak langkah melebarkan sayap perkhidmatan jalur lebar di empat negeri lain termasuk Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Ia termasuk meluaskan capaian di Perak dan Kedah dengan sasaran melibatkan 150,000 kediaman menjelang Jun,” katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 1,200 murid sekolah rendah menerima bantuan kelengkapan asas persekolahan melalui program ‘Ceria Ke Sekolah’ melibatkan sumbangan bernilai RM120,000.
“Program ini adalah tanggungjawab Korporat (CR) TNB dalam bidang pendidikan yang bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak mereka.
“Sejak 2013, program ini telah membantu seramai 36,018 keluarga di Semenanjung dan Sabah,” ujarnya.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din.
Ehsan A Marisah
Mon Apr 05 2021
Gimik majlis perasmian Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar peringkat negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. - Foto BERNAMA
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Perubahan dasar perdagangan AS dijangka tidak beri impak besar kepada sektor minyak sawit negara
Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.
Perlis dijangka jimat lebih RM113,000 setahun melalui pemasangan panel solar fotovoltik
Penjimatan itu amat penting kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada pentadbiran lebih cekap dengan penggunaan tenaga hijau yang lebih efisien.
JMFR 2024 medan erat ukhuwah, gaya hidup sihat - Fadillah
Program Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2024 dilihat berjaya menjadi platform merapatkan ukhuwah.
Kecurian elektrik: PDRM kaji beza kerugian tahunan TNB, kaitan perlombongan bitcoin
PDRM mengkaji punca perbezaan kerugian yang ditanggung Tenaga Nasional Bhd (TNB) akibat kecurian bekalan elektrik dan kaitannya dengan pasaran bitcoin.
Polis Jasin potong bekalan elektrik di lima premis judi haram
Lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan TNB.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Persidangan kuasa dan tenaga utama ASEAN, Enlit Asia, kembali ke Malaysia minggu depan
Enlit Asia, satu-satunya persidangan kuasa dan tenaga utama di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), akan berlangsung di sini dari 8 hingga 10 Okt depan.
Jambatan kabel TNB di Bayan Lepas runtuh akibat tidak dapat tampung berat
Jambatan kabel (cable bridge) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas runtuh akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.
Bayar bil elektrik melalui saluran rasmi - TNB
TNB menasihatkan pengguna untuk tidak mudah terpedaya dan mengelak daripada menerima tawaran individu atau pihak ketiga, bagi sebarang tujuan pembayaran bil atau diskaun bil elektrik.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.