ALOR SETAR: Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.


Ringkasan AI
  • Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Alor Setar dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara akibat banjir. TNB mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kerjasama mereka sepanjang tempoh pemulihan. Pada Ahad, TNB menutup sementara 11 pencawang di Alor Setar dan satu di Sik kerana banjir.


TNB dalam hantaran menerusi Facebook merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.


Pada Ahad, TNB mengumumkan pihaknya terpaksa menutup sementara 11 pencawang di Alor Setar dan satu di Sik berikutan banjir.

Pencawang di Alor Setar melibatkan Kampung Bukit Derang, Kampung Bukit Hijau, Kampung Empa 1 dan 2, Kampung Teras, Kem Tentera Udara Diraja Malaysia, Kampung Alor Madi dan Kampung Pulau Kerengga.

Turut terjejas Kampung Titi Gajah 1, Kampung Alor Perang, Kampung Alor Senjaya dan Rumah Pam Alor Gunung manakala di Sik melibatkan Kampung Padang Chicar.

-- BERNAMA