Ringkasan AI
- Seorang guru kerugian RM198,550 selepas ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil TNB.
- Mangsa dituduh terlibat dengan pengubahsuaian meter elektrik dan pengubahan wang haram, lalu diminta membuat bayaran untuk membuktikan tidak bersalah.
- Mangsa membuat 19 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM198,550. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 54 tahun itu telah menerima panggilan pada 24 November lalu daripada seorang individu mendakwa wakil TNB.
"Mangsa diberitahu terlibat dengan pengubahsuaian meter elektrik dan terdapat waran tangkap.
"Panggilan itu seterusnya disambungkan pula kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dan menyatakan mangsa juga terlibat dengan pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Raiz Mukhliz, bagi membuktikan mangsa tidak melakukan kesalahan tersebut, suspek telah meminta mangsa membuat bayaran.
"Disebabkan takut dan percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah membuat 19 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM198,550.
"Kes disiasat mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian