Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengemukakan empat inisiatif bagi mengekang isu ketidakpatuhan dan penyelewengan dan sekali gus membantu kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.
Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memaklumkan inisiatif pencegahan rasuah dan meningkat tadbir urus TLDM itu di dalam satu sesi khas antara TLDM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma Pertahanan.
Inisiatif pertama melibatkan pelaksanaan konsolidasi semua kontraktor, syarikat pembekal dan perkhidmatan yang berdaftar dengan TLDM.
Ini bagi TLDM mengenal pasti syarikat yang benar-benar tulen, berkeupayaan serta komited untuk menyokong usaha menentukan kesiapsiagaan aset TLDM dibuat secara telus, berintegriti dan menjaga kepentingan TLDM dan kerajaan, kata kenyataan bersama TLDM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.
Inisiatif kedua adalah menggalakkan pemberi maklumat di setiap lapisan warga TLDM dan masyarakat agar kes penyelewengan, salah laku, rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa dapat diatasi sebaiknya.
Selain daripada itu kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di tempat Jawatankuasa Penganugerahan Pembelian Terus bersidang serta tempat yang terdapat aktiviti perolehan supaya aspek ketelusan dapat dipastikan.
TLDM juga berhasrat untuk menerapkan Ikrar Integriti Korporat kepada syarikat-syarikat yang memperolehi kontrak dalam memberi perkhidmatan dan pembekalan kepada TLDM.
"Kesungguhan pihak pengurusan TLDM dalam menangani isu ketidakpatuhan merupakan langkah proaktif dan TLDM tidak akan berkompromi malahan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melakukan kesalahan pecah amanah dan kes penyelewengan," kata kenyataan itu.
Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali yang hadir pada sesi khas itu menyambut baik inisiatif yang diumumkan oleh Ahmad Kamarulzaman dan SPRM akan memberi khidmat nasihat ke arah mencapai objektif berkenaan.
Dalam kenyataan itu, Mustafar berkata usaha itu merupakan komitmen yang serius bagi mendokong hasrat kerajaan dalam memerangi gejala rasuah dan beliau berharap banyak agensi lain dapat mencontohi tindakan proaktif TLDM.
Turut dicapai dalam sesi khas itu ialah penubuhan jawatankuasa bersama dalam merangka strategi dan inisiatif untuk memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus TLDM.
"Tindakan proaktif ini penting bagi memantapkan pengurusan perolehan dan kewangan serta meningkatkan aspek integriti dalam TLDM. Usaha ini juga dapat memastikan ketelusan dan kejujuran dalam setiap proses
kerja, peraturan dan tatacara selain proses perancangan serta penyeliaan perolehan, tender mahupun kontrak dalam perkhidmatan TLDM," katanya lagi.
Ia berkata kerjasama ini penting dan perlu bagi TLDM untuk mendapatkan pandangan dan sokongan SPRM dalam menambah baik dasar, pengarahan ataupun prosedur yang mengekang kepada kelancaran tadbir urus organisasi TLDM.
Selain daripada Ahmad Kamarulzaman dan Mustafar, sesi khas itu turut disertai Pengurusan Tertinggi TLDM, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Timbalan Pesuruhjaya serta enam pegawai penyiasat SPRM.
Bernama
Fri Feb 12 2016

AHMAD KAMARULZAMAN: TLDM tidak akan berkompromi malahan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melakukan kesalahan pecah amanah dan kes penyelewengan.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

PTL Abdul Rahman terima anugerah Beret Kehormat PASKAL
Ia mengiktiraf kepimpinan, sumbangan, jasa yang dicurahkan beliau dalam pembangunan keupayaan operasi dan latihan, infrastruktur PASKAL.

Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.

LCS: Bekas Panglima Tentera Laut kecewa teguran tidak diendah
Beliau kecewa apabila segala teguran dan pendiriannya mengenai tatacara perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) TLDM kepada pimpinan tertinggi tidak diendah.

Nahas helikopter Taman Melawati: Allahyarham Mohd Sabri tinggalkan legasi - Panglima TLDM
Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan.

PASKAL The Movie mampu jadi pemangkin anak muda sertai bidang ketenteraan
PASKAL the Movie memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara.

Kita tak mahu konflik ketenteraan di Laut China Selatan - Mat Sabu
Semua pihak perlu menghormati pendirian Malaysia serta negara-negara sekitar yang mengamalkan prinsip berkecuali.

Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM bakal menerima secara berperingkat kapal misi pesisir, Littoral Mission Ship (LMS) mulai 2019.

TLDM kemukakan 4 inisiatif perangi rasuah, tingkat tadbir urus
Tentera Laut Diraja Malaysia mengemukakan empat inisiatif bagi mengekang isu ketidakpatuhan dan penyelewengan dan sekali gus membantu kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.