PASKAL The Movie berjaya membuka mata anak muda untuk menceburi bidang pertahanan negara.
Demikian kata, Pengarah Filem Paskal The Movie, Adrian Teh apabila diajukan soalan mengenai impak positif yang diterima melalui tayangan PASKAL pada September lalu.
“Filem ini sendiri memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara,” katanya di Majlis Penghargaan PASKAL The Movie, baru-baru ini.
Majlis Penghargaan PASKAL The Movie diadakan pada hari Rabu, 28 November 2018 sebagai penghargaan kepada para pelakon dan krew filem tersebut atas kejayaan mereka dalam meraih RM 30 juta sepanjang tayangan tersebut disamping membuka minda masyarakat mengenai jasa dan pengorbanan prajurit negara terhadap tanah air.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan dan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.
Filem PASKAL The Movie diarahkan oleh Adrian Teh dan diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Dalam pada itu, ketika berucap pada Majlis Penghargaan PASKAL The Movie, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berharap agar filem ini dijadikan sebagai asas dalam menarik lebih ramai minat belia untuk menyertai dalam bidang pertahanan negara.
Katanya, filem itu sememangnya memberi penghargaan kepada tentera laut dan meningkatkan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Selain itu, watak utama filem tersebut,Hairul Azreen pula berharap seluruh anak muda di Malaysia menjadikan filem ini sebagai pemangkin semangat untuk menyertai bidang kententeraan dan pertahanan negara.
“Saya juga menyarankan kepada adik-adik semua yang bercita-cita untuk menjadi tentera agar teruskan niat tersebut kerana kita memerlukan pejuang-pejuang seperti anda,’’ katanya ketika ditemui Astro AWANI.
PASKAL The Movie sudah mula ditayangkan di Astro First dan penonton dapat memuat turun filem tersebut untuk tontonan bersama seisi keluarga.
Firdaus Alauddin
Thu Nov 29 2018

Satu babak dari filem PASKAL The Movie. - Gambar fail

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.

Urat lutut putus, Hairul Azreen tarik diri dari filem arahan Syamsul Yusof
Hairul terpaksa lupakan peluang membintangi filem The Original Gangster.

TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.

Aksi lasak Wira semarakkan 'cita-cita Hollywood' Hairul Azreen
Peluang Hairul Azreen untuk bergandingan dengan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian yang sudah menempa nama dalam industri Hollywood bagi filem aksi Wira bak mimpi jadi kenyataan.

Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral "Bottle Cap Challenge"?
Laman media sosial sekali lagi dibanjiri hashtag #BottleCapChallenge yang memerlukan anda untuk membuka penutup botol dengan tendangan 'side-kick' tanpa menjatuhkan botol tersebut.

"Where's the present Mummy .." - Ini respon Yusuf Iskandar selepas dapat hadiah daripada adik
Comel je ..

Ligamen kaki saya putus: Hairul Azreen
Hairul Azreen memberitahu ligamen pada anggota kaki kanannya putus ketika menjalani penggambaran filem Wira.

"Style gila ihram kau" - Netizen usik foto seksi Hairul Azreen
Amboi netizen ..

'Alhamdulilah kami dah selamat pulang...' - Hanis Zalikha sekeluarga dipuji
Pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen serta anak mereka Yusuf Iskandar difahamkan selemat pulang dari mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah.

PASKAL The Movie mampu jadi pemangkin anak muda sertai bidang ketenteraan
PASKAL the Movie memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara.