Menarik perhatian netizen, Hairul mengenakan pakaian namun menampakkan sebahagian dada dan tangannya yang berotot ketika menjalani penggambaran majalah Glam Lelaki edisi bulan Januari.
"Thank you saya di pilih menjadi cover @glamlelaki January 2019.
"Permulaan yang baik untuk saya & harap yang sama utk penyokong saya #TheBestNeverRest," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengusik mengatakan penampilan Hairul seakan dirinya memakai 'ihram'.
"@alifhadi: Style gila ihram kau!"
"@mus_cmr: Bila nampak hairul pakai mcm ni, teringat airil zafril tanya dato alif pakai ihram ke tu?"
"@_eysh_: Dari depan nampak mcm kain ihram, dari tepi nmpk pelik."
"@zahid_hymni: Pakai ihram ke?"
"@faiz_jep: X balik umrah lg ke? Lamanya pi umrah."
"@miszsyierra: Ambil konsep pakai ihram ke?"
Sehingga kini, foto tersebut menerima lebih 60000 'like' dan lebih 200 komen daripada pengikut Hairul.