KUALA LUMPUR:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyifatkan pemergian Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon yang terkorban dalam nahas helikopter pada Ahad merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, Allahyarham yang berkhidmat hampir 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan.
“Beliau (arwah) telah menetapkan standard penerbangan yang sangat tinggi dan masih menjadi ikutan mereka yang masih berkhidmat dalam TLDM.
“Walaupun arwah meninggalkan TLDM lebih 10 tahun tetapi arwah sangat mengambil berat tentang apa yg berlaku dalam TLDM khususnya dalam cawangan udara,” katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, di sini pada Isnin.
LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
Jelas Mohd Reza, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lima beradik sangat menyayangi bidang penerbangan.
Tambah beliau, arwah yang berusia 56 tahun antara individu terawal yang menceburi bidang penerbangan di TLDM.
“Ramai anak murid beliau datang untuk memberikan penghormatan terakhir dan kami akan merindui beliau,” katanya.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Mohd Sabri selamat dikebumikan pada pukul 2.20 petang.
Upacara pengebumian dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat termasuk pegawai TLDM.
Turut hadir ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, dua helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang Jaya ke Genting Sempah disahkan bertembung di udara sebelum salah sebuah terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang.
Dua mangsa disahkan maut iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri.
Sebuah lagi helikopter dinaiki Ahmad Jauhari dan Tan Chai Elan sempat membuat pendaratan cemas dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 09 2020

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam TLDM meninggalkan sebuah legasi khususnya dalam dunia penerbangan. - Foto Astro AWANI

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Ayah 'call' 9 kali, kami tak perasan... - Anak mangsa nahas helikopter terkilan
Farid Ridhwan berkata ketika itu dia bersama keluarga berada di rumah dan langsung tidak menghiraukan telefon.

Nahas helikopter Taman Melawati: Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan
Allahyarham Mohd Irfan selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, dekat sini hari ini sekitar pukul 5 petang tadi.

Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sahkan identiti dua mangsa maut
ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.