Kementerian Pengangkutan akan meneliti dan mengkaji cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada.
Menterinya Anthony Loke berkata, langkah itu selaras cadangan meningkatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya sehingga menyebabkan kematian, terutamanya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Cadangan itu bagaimanapun memerlukan pandangan dan persetujuan pelbagai agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
Pada masa sama, katanya, pandangan semua pihak termasuk pihak industri pengangkutan perlu diperoleh sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Pada ketika ini, Seksyen 41 Akta 333 telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.
"Jika sabit kesalahan, jika pemegang lesen memandu percubaan, maka mahkamah akan batalkan lesen memandu percubaan itu,” kata Loke menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, mereka yang disabitkan di bawah Seksyen 41 juga akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dan lima tahun bagi Seksyen 44.
Di bawah peruntukan Seksyen 44, mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat berada di bawah pengaruh alkohol, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.
Selain itu, lesen memandu pesalah dan yang sedang dalam proses pertuduhan juga, akan digantung berkuatkuasa dari tarikh pertuduhan dibacakan pertama kali.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 21 2019

Ahmad Jazlan bertanya adakah kementerian merancang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya yang memandu di bawah pengaruh alkohol. - Gambar hiasan
TH umum agihan keuntungan selepas zakat 3.25 peratus
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini mengumumkan Agihan Keuntungan Selepas Zakat Tabung Haji sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berjumlah RM2.92 bilion

Terengganu larang aktiviti 'busking' 10 malam terakhir Ramadan
Kerajaan Terengganu melarang semua aktiviti 'busking' atau persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan.
Pantau Belanjawan: Vokasional | Jumlah graduan lepasi sasaran KPM, apa seterusnya?
Sebanyak 93,094 graduan diploma dari Kolej Vokasional telah dilahirkan, melebihi sasaran 90,000 yang ditetapkan oleh KPM di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menyatakan kadar kebolehpasaran graduan menunjukkan peningkatan progresif dari tahun 2022 hingga 2024. Apakah faktor-faktor khusus yang menyumbang kepada pencapaian ini? Bagaimana strategi dan inisiatif KPM memainkan peranan dalam kejayaan ini? Bagaimanakah program TVET disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri semasa dan masa depan?
JKR Sarawak diminta pantau situasi di Lebuh Raya Pan Borneo
Situasi banjir di Sarawak membimbangkan dengan Lebuh Raya Pan Borneo turut terjejas.
TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi
Atas faktor keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup bekalan elektrik di lebih 50 lokasi negeri Johor akibat banjir melanda negeri itu sejak Khamis.

Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan pada Februari - DOSM
Kenaikan ini dipacu oleh peningkatan lebih perlahan dalam beberapa kumpulan utama perbelanjaan.
[TERKINI] Mangsa di tiga negeri meningkat kepada 12,188
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah dan Sarawak meningkat kepada 12,188 orang setakat jam 11 pagi, pada Jumaat.

Gunung Lewotobi meletus, amaran dinaikkan ke tahap tertinggi
Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus lewat malam Khamis dan berlanjutan hingga pagi Jumaat.

Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza
Philippe Lazzarini menyeru pembaharuan gencatan senjata, pembebasan tawanan, dan aliran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Suspek tipu pesawah direman empat hari
Seorang lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan wang jualan padi kepada pesawah di lapan kampung di Hulu Besut.

Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta, bapa akan didakwa
Bapa dan anaknya berusia 12 tahun yang tular memandu kereta membawa dua adik di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong akan didakwa berkaitan kesalahan berkenaan.

Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Undang-undang sedia ada sudah cukup tegas - Anthony Loke
Penguatkuasaan sememangnya berjalan sepanjang masa, malah ada yang telah pun diambil tindakan sehingga diheret ke mahkamah.

11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk tangani isu lumba haram, mat rempit
Cadangan pindaan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.

Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.

Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.

Lelaki OKU maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam maut selepas dirempuh kereta di bawah jejantas berhampiran Perodua Hijau Kuning, Alor Setar, hari ini.

Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.