Ringkasan AI
- Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.
- Sekatan ke atas Gaza semakin diperketatkan, menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan asas.
- Philippe Lazzarini menyeru pembaharuan gencatan senjata, pembebasan tawanan, dan aliran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
"Mereka adalah guru, doktor dan jururawat--berkhidmat untuk golongan yang paling memerlukan," kata Lazzarini dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Emiriah (WAM).
Beliau turut menegaskan bahawa sekatan ke atas Gaza semakin diperketatkan.
"Hampir tiga minggu berlalu, pihak berkuasa Israel masih melarang kemasukan bantuan kemanusiaan atau bekalan asas.
"Setiap hari, kami menyaksikan penduduk Gaza melalui mimpi ngeri yang berulang--derita yang tiada penghujung dan penuh kezaliman.
"Tiada masa lagi, kita perlukan sekarang: pembaharuan gencatan senjata, pembebasan bermaruah semua tawanan di Gaza, aliran bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial tanpa halangan," katanya.
-- BERNAMA
