PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini, beliau berkata selain itu, semua seksyen di bawah akta itu juga wajar disemak semula dari pelbagai aspek.
"Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa, itulah denda maksimum yang boleh dikenakan tetapi dalam konteks undang-undang kami akan menyemak semula dari semasa ke semasa," katanya ketika mengulas mengenai hukuman denda yang diperuntukkan di bawah Seksyen 26(2) APJ yang dikatakan terlalu ringan.
Seksyen 26(2) di bawah APJ itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 sehingga RM2,000 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Antara kejadian membabitkan pemandu bawah umur termasuk kes terbaharu yang berlaku Ahad lepas di Pulau Pinang dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya sebelum terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan dua kematian di atas Jambatan Pulau Pinang.
Ditanya jika tindakan akan diambil terhadap ibu bapa pemandu di bawah umur dalam kejadian berkenaan, beliau berkata pihaknya tidak dapat bertindak melebihi undang-undang sedia ada.
"Mana-mana peruntukan undang-undang yang kami boleh gunakan, adalah di bawah akta semasa. Kami tidak boleh melangkauinya. Jadi, apabila kami melakukan semakan semula, sudah tentu kami akan melihat aspek lain yang perlu dimasukkan ke dalam undang-undang," katanya.
Tanpa menetapkan tempoh bagi membuat semakan akta itu, Loke bagaimanapun berkata MOT akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi penambahbaikan APJ.
Sementara itu ketika mengulas mengenai insiden perkhidmatan transit laju massa (MRT) laluan Putrajaya yang mengalami kelewatan jadual perjalanan pada 5.49 petang semalam akibat gangguan bekalan kuasa elektrik di antara Stesen Conlay dan Stesen Chan Sow Lin yang menyebabkan dua tren tidak dapat bergerak, Loke berkata ia tidak sepatutnya berlaku.
"Saya amat berdukacita atas perkara ini kerana laluan ini dibuka tidak sampai setahun pun," katanya. MRT laluan Putrajaya mula beroperasi pada 16 Mac lepas
Susulan itu, Loke berkata beliau telah meminta Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) untuk menyediakan laporan penuh kepada kementerian di dalam mesyuarat pasca-Kabinet kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bercakap kepada pemberita selepas majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Bernama
Yayasan Ikhlas dan ERA Sarawak anjur Misi Pasca Banjir Ooha
Yayasan Ikhlas dan pasukan radio ERA Sarawak berganding bahu dalam menganjurkan Misi Pasca Banjir Ooha untuk kerja-kerja pembersihan di Kampung Bulau, Bekenu di Miri.
AWANI Borneo [24/2/2025] – Minyak & gas| Hasil kajian DOSM| PRN Sabah
AWANI Borneo Selasa, 25 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros.
2. Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah.
3. GRS yakin memerintah sabah sekali lagi.
1. Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros.
2. Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah.
3. GRS yakin memerintah sabah sekali lagi.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan serantau, misi MALBATT akan diperluas
Malaysia komited memperkukuh hubungan pertahanan serantau menerusi pertemuan dua hala secara berasingan membabitkan Brunei Darussalam, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.
Cukil bakat atlet Sabah, pembangunan fasiliti harus ditingkatkan
Sukan muay thai yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di Sabah memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam aspek pembangunan fasiliti.
Kerjasama Sabah-Labuan tingkat kemasukan pelancong
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah
Hasil kajian aspirasi pencari kerja di Sabah yang dijalankan DOSM dari Januari hingga Disember 2024 menekankan kepentingan gaji yang adil selaras dengan kelayakan pendidikan.
GRS yakin memerintah Sabah sekali lagi – Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor yakin memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
ASEAN 2025 | 25 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.