Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak tertentu yang cuba mencetuskan keresahan dengan menyebar maklumat dan membuat ancaman palsu menerusi panggilan telefon.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan suasana panik kepada orang awam.
"Panggilan-panggilan seperti ini bukanlah sesuatu bahan jenaka yang boleh dibuat main kerana ia merupakan perkara yang serius.
"Kami memandang berat setiap panggilan atau ancaman yang diterima walaupun ia panggilan palsu sekalipun," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Op Selamat 8/2016 sempena Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh dekat sini, hari ini.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden ancaman bom yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah panggilan palsu yang diterima polis sehingga kini, namun berkata keadaan masih terkawal.
Sebelum ini, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamed Fuzi Harun berkata polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan mereka yang membuat panggilan dan ancaman palsu.
Bernama
Fri Jan 29 2016

KHALID: Panggilan-panggilan seperti ini bukanlah sesuatu bahan jenaka. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Polis jadi sasaran utama kumpulan pengganas Daesh - Saifuddin
Operasi risikan dan tangkapan pihak berkuasa telah berjaya mematahkan cubaan mengembangkan ideologi Daesh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.

New York bergelap bukan kerana ancaman pengganas - Datuk Bandar
Kerajaan dan pihak berkuasa walau bagaimanapun belum dapat mengenal pasti punca insiden yang berlangsung selama hampir lima jam.

Tentera Laut Singapura lancar kapal perang LMV buatan tempatan
LMV dilengkapi lebih banyak system automasi dan pintar berbanding model-model terdahulu iaitu kapal peronda yang sudah 20 tahun digunakan.

Malaysia iktiraf kemajuan kerjasama dengan Perancis dalam industri pertahanan
Kedua-dua negara ini akan memperkukuhkan pertukaran maklumat perisikan dalam memerangi ancaman kumpulan militan Daish.

Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.

Perdana Menteri India minta PBB tangani keganasan
Menurut Narendra Modi, perlu tangani cabaran utama itu dan jika gagal boleh membuatkan badan dunia berkenaan dilihat tidak relevan.

Isu ancaman pengganas bukan kenyataan politik - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia adalah hasil risikan sekali gus mendedahkan bahawa Malaysia tidak terlepas daripada ancaman pengganas.

Tindakan tegas terhadap individu buat panggilan, ancaman palsu - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden ancaman bom yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Sebar maklumat tak sahih: Orang kenamaan pun boleh diambil tindakan - KPN
Sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan yang sebarkan maklumat tidak sahih tentang ancaman pengganas di negara ini akan diambil tindakan tegas.