Sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan yang menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan ancaman pengganas di negara ini akan diambil tindakan tegas, selepas pihak polis mengeluarkan peringatan serta amaran.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, maklumat berkenaan boleh menimbulkan ketakutan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
"Jangan suruh saya ambil tindakan sekarang, saya sudah keluarkan peringatan dan amaran jadi janganlah ulang lagi (menyebarkan maklumat tidak sahih)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, pada Isnin.
Katanya, agensi media yang membuat laporan berkaitan militan Daish dengan memetik sumber tertentu sehingga menimbulkan kegusaran juga tidak terlepas dariapada dikenakan tindakan.
"Mungkin maklumat ancaman serangan militan itu diperoleh daripada penjual mi goreng atau sesiapa sahaja dan dilaporkan sehingga timbulkan ketakutan, jadi kami ingin tahu siapa sumber yang menyatakan sedemikian," katanya.
Khalid sebelum ini memuat naik status di akaun Twitter beliau menyarankan kepada orang ramai agar berhenti daripada membuat sebarang spekulasi berhubung tahap keselamatan negara dan menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersedia.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tersebar mesej melalui aplikasi Whatsapp yang menyatakan secara khusus lokasi serangan pengganas disekitar ibu negara, antaranya Bangsar dan Hartamas.
Dalam perkembangan sama, Khalid memaklumkan pihaknya akan mengekalkan amaran tahap tertinggi diseluruh negara sehingga dirasakan perlu.
"Kita ingin menyakinkan masyarakat bahawa keadaan keselamatan sentiasa dalam kawalan kita, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengambil langkah melaporkan kepada polis apa juga perkara yang mendatangkan syak wasangka," katanya.
Hakim Rahman
Mon Jan 18 2016

KHALID: .Saya sudah keluarkan peringatan dan amaran jadi janganlah ulang lagi'. - Gambar fail
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Mesin imbas bagasi akan ditambah baik
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbincangan PKR Pusat, Sarawak menjurus kepada usaha perkukuh kerajaan
Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Polis jadi sasaran utama kumpulan pengganas Daesh - Saifuddin
Operasi risikan dan tangkapan pihak berkuasa telah berjaya mematahkan cubaan mengembangkan ideologi Daesh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.

New York bergelap bukan kerana ancaman pengganas - Datuk Bandar
Kerajaan dan pihak berkuasa walau bagaimanapun belum dapat mengenal pasti punca insiden yang berlangsung selama hampir lima jam.

Tentera Laut Singapura lancar kapal perang LMV buatan tempatan
LMV dilengkapi lebih banyak system automasi dan pintar berbanding model-model terdahulu iaitu kapal peronda yang sudah 20 tahun digunakan.

Malaysia iktiraf kemajuan kerjasama dengan Perancis dalam industri pertahanan
Kedua-dua negara ini akan memperkukuhkan pertukaran maklumat perisikan dalam memerangi ancaman kumpulan militan Daish.

Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.

Perdana Menteri India minta PBB tangani keganasan
Menurut Narendra Modi, perlu tangani cabaran utama itu dan jika gagal boleh membuatkan badan dunia berkenaan dilihat tidak relevan.

Isu ancaman pengganas bukan kenyataan politik - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia adalah hasil risikan sekali gus mendedahkan bahawa Malaysia tidak terlepas daripada ancaman pengganas.

Tindakan tegas terhadap individu buat panggilan, ancaman palsu - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden ancaman bom yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Sebar maklumat tak sahih: Orang kenamaan pun boleh diambil tindakan - KPN
Sesiapa sahaja termasuk orang kenamaan yang sebarkan maklumat tidak sahih tentang ancaman pengganas di negara ini akan diambil tindakan tegas.