MELAKA: Pihak sekolah terutama sekolah berasrama di negeri ini digesa tidak menyembunyikan sebarang insiden atau kes buli termasuk penderaan dalam kalangan pelajar mereka bagi mencegah kejadian lebih buruk berlaku.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata tindakan tegas akan diambil kepada pihak sekolah yang menyembunyi atau membiarkan perbuatan berkenaan berlaku terutama sehingga mengancam nyawa pelajar.
Beliau berkata langkah melaporkan perbuatan buli kepada pihak berkuasa bertujuan mengekang kejadian yang lebih buruk terhadap mangsa seperti trauma sehingga memberi kesan negatif pada kehidupan pelajar berkenaan.
"Kes buli ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada pelajar sama ada mangsa atau pembuli dan kebanyakan kes buli atau 'ragging' ini berlaku semasa sesi orientasi antara pelajar senior dan junior.
"Namun, di sesetengah sekolah terutama di sekolah asrama perbuatan ini menjadi kebiasaan dan berpanjangan selepas berakhir sesi orientasi sehingga memberi kesan fizikal dan mental kepada mangsa," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kempen 'Sifar Buli' juga akan diperhebat bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran berkaitan kesan atau implikasi buli dalam kalangan pelajar sekolah harian atau sekolah asrama.
Katanya kempen berkenaan juga bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan harmoni kepada pelajar.
Rahmad berkata ibu bapa turut diminta prihatin dengan perubahan tingkah laku anak mereka dan mengambil berat aspek pembelajaran serta hubungan anak dan rakan di sekolah supaya masalah dihadapi anak dapat ditangani di peringkat awal.
Hari ini media melaporkan, bapa kepada remaja lelaki yang mencekik hingga mati adik kandungnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu di sini semalam, Najli Yakob, 42, mendakwa anak sulungnya berusia 14 tahun itu, merupakan mangsa buli di sebuah sekolah menengah Arab di Alor Gajah.
Najli berkata kelakuan remaja lelaki itu dikesan berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lepas dan suspek sebelum ini pernah memaklumkan kepadanya tentang kes buli yang menimpanya, malah laporan polis juga telah dibuat namun tiada tindakan lanjut dilakukan.
Beliau juga percaya kesan perbuatan tersebut menyebabkan anaknya itu mengalami trauma sehingga sering meracau.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli, 9, dilaporkan maut selepas dicekik abangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Rahmad berkata tindakan tegas akan diambil kepada pihak sekolah yang menyembunyi atau membiarkan perbuatan berkenaan berlaku terutama sehingga mengancam nyawa pelajar. - Gambar fail
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR
Kertas siasatan berkaitan kes buli seorang penuntut UPNM yang parah akibat dipijak penuntut senior akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 November 2024.
Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM
Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet UPNM yang cedera parah di rusuk dan belakang akibat dipijak pelajar senior.
Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.