GEORGE TOWN : Tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke dalam laut berjaya menyelamatkan isterinya yang bertindak terjun dari atas Jambatan Pulau Pinang.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer KM1.0 Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang arah George Town kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang berhubung insiden berkenaan.

Sepasukan anggota bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Perai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Sebaik tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati terdapat seorang wanita telah terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang.

Operasi menyelamat berjaya ditamatkan pada jam 6.18 petang.

Bagaimanapun wanita itu telah diselamatkan oleh suaminya yang bertindak terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan isterinya.

Anggota bomba kemudian turun ke kawasan berkenaan dengan menggunakan kaedah rappelling (turun menggunakan tali) untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

Mangsa yang berusia 45 tahun dan suaminya dibawa ke jeti Batu Uban menggunakan bot nelayan diiringi pasukan polis Marin.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat berjaya ditamatkan pada jam 6.18 petang.

Difahamkan anak lelaki mangsa yang berada bersama mereka ditinggalkan di atas jambatan berkenaan sebelum kedua-duanya terjun ke dalam laut.



*Di Malaysia, mereka yang berhadapan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah mereka boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-melkan kepada sam@befrienders.org.my