KUALA LUMPUR: Walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai ruang autonomi dalam menguruskan ibu kota, semua tindakan yang diambil perlu selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
Ketua Pengarah JWP Datuk Seri Rosida Jaafar berkata jabatan itu bertanggungjawab mencetus dan memangkinkan mekanisme kerjasama yang inovatif antara pihak berkuasa tempatan (PBT) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
"Ini bagi mewujudkan sinergi tenaga dan sumber serta masyarakat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan untuk memenuhi aspirasi kerajaan yang lebih luas dalam konteks pembangunan ekonomi dan sosial negara," katanya ketika berucap pada Majlis Serah Tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur, di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Rosida dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin menyaksikan Majlis Serah Tugas antara bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.
Pada masa sama, Rosida berharap dan yakin Kamarulzaman akan menyambung usaha terdahulu dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan ibu kota terus dipelihara dan dipertingkatkan.
"Sudah pastinya pelantikan beliau ke jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur ini menjadi cerminan kepada pengiktirafan kemampuan warga DBKL sendiri untuk terus meningkatkan daya saing bandar raya Kuala Lumpur.
"Cabaran besar ini semestinya akan dapat digalas melalui kerjasama yang erat dalam keluarga besar DBKL," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi atas sumbangan cemerlang beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-13.
"Usaha beliau ke arah pewujudan bandar raya rendah karbon menjelang 2030 serta bandar raya bebas karbon menjelang 2050 telah memacu Kuala Lumpur ke arah sebuah bandar raya bertaraf dunia berorientasikan matlamat pembangunan mampan. Sudah pastinya segala inisiatif ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa iltizam, kesungguhan dan integriti yang ditunjukkan beliau," katanya.
Pada 13 April, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Kamarulzaman sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 14 Ogos 2024.
Kamarulzaman, 59, bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan bandar raya Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Rosida berharap dan yakin Kamarulzaman akan menyambung usaha terdahulu dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan ibu kota terus dipelihara dan dipertingkatkan. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.