KEMAMAN: Seorang remaja perempuan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki yang baharu dilahirkan dalam kejadian di sebuah rumah di daerah Kemaman.
Suspek berusia 15 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian terhadap bayi yang dilahirkan olehnya.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 7 hingga 9 pagi di sebuah rumah di daerah Kemaman pada 8 Febuari lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Nurainie Haziqah Shafii.
Terdahulu, Nurainie Haziqah memohon tertuduh diikat jamin, namun ditolak pihak mahkamah.
Tengku Eliana kemudiannya menetapkan 16 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Pada Selasa lepas seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu.
BACA: Bayi ditemui maut dengan kesan tikam di dada
Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi berkenaan dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan dipercayai ibunya.
Nur Fazlizai Ali
Tue Feb 15 2022
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa. - Astro AWANI
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Tikam bayi hingga maut: Ibu muda 15 tahun didakwa membunuh
Suspek berusia 15 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Rogol warga Mongolia: PDRM tidak kompromi anggota terbabit jenayah
Huzir berkata pihaknya telah menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menuduh pegawai berpangkat Inspektor itu selepas dua kertas siasatan dibuka iaitu ATIPSOM 2007 dan Kanun Keseksaan.
Tiga negara mulakan mekanisme pertikaian, tuduh Iran cabul Perjanjian Nuklear
Bagaimanapun, tiga negara itu mahu menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan bagi memberi ruang untuk mereka memulakan proses berkaitan, supaya Iran boleh mengelak daripada dikenakan sekatan PBB.
Pendakwaan Geng 04 dikawal ketat
Pihak polis telah membuat kawalan keselamatan yang amat ketat disebabkan ahli kumpulan kongsi gelap ini terbabit dalam kes jenayah berat.
Dua suspek kes pembunuhan Jong-nam dituduh esok
Dua suspek wanita itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang esok.
Suami isteri dituduh sebabkan krisis air di Lembah Klang
Sepasang suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 30 pertuduhan menyebabkan pencemaran air berikutan tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor.
Kompleks Kaesong mungkin tidak akan beroperasi semula
Seoul menuduh Pyongyang sebagai punca kegagalan rundingan untuk memulakan semula operasi Kompleks Perindustrian Kaesong.
Ismail Omar: Trak polis bawa pengundi hantu adalah satu tohmahan
Polis menyelar cubaan beberapa individu menuduh trak polis digunakan untuk membawa pengundi hantu pada PRU-13 yang lalu.
8 didakwa pengganas dan memerangi Agong
8 warga Filipina dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.