SEREMBAN: Polis menahan tiga wanita selepas disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri duit tabung surau dan masjid sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 26 Mei lalu di Surau Taman Dato Wan, di Paroi.
"Kami menerima laporan pada jam 8.56 malam Rabu lalu daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato Wan yang menyatakan tabung dipecahkan.
"Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian berlaku.
"Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, beberapa siri tangkapan telah dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam.
"Dengan tertangkapnya suspek dalam kes ini, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.
"Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan.
"Semua suspek direman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023

Beberapa siri tangkapan telah dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam. -Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiga wanita ditahan kes curi tabung surau, masjid
Beberapa siri tangkapan telah dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam.