AYER KEROH: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai kira-kira RM900,000 milik sebuah syarikat kawalan keselamatan aset, Februari lalu.
Tertuduh, Md Halman Lagis, Aszemi Dol dan Musliandee Mustapa Kamal yang kesemuanya berusia 43 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama dengan dua yang masih bebas telah melakukan pecah pejabat dan mencuri wang tunai lebih kurang RM900,000 milik SRT-EON Security Services Sdn Bhd.
Kesalahan didakwa dilakukan antara pukul 12 tengah malam sehingga 1 pagi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 21 Februari lalu.
Untuk itu, tertuduh di dakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan kesalahan kedua atau kemudiannya boleh dikenakan denda.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh.
Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh masing-masing hanya bekerja sebagai pemandu lori, pemandu van kesihatan dan nelayan.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Mahkamah turut menetapkan 27 Jun depan sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Wed May 17 2023
![Tiga sahabat didakwa pecah pejabat, larikan wang tunai hampir RM1 juta Tiga sahabat didakwa pecah pejabat, larikan wang tunai hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684306518_TBcuriduit.jpg)
Tertuduh, Md Halman Lagis, Aszemi Dol dan Musliandee Mustapa Kamal mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini. - Foto Astro AWANI
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Tiga sahabat didakwa pecah pejabat, larikan wang tunai hampir RM1 juta Tiga sahabat didakwa pecah pejabat, larikan wang tunai hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684306518_TBcuriduit.jpg)
Tiga sahabat didakwa pecah pejabat, larikan wang tunai hampir RM1 juta
Tiga lelaki didakwa mencuri wang tunai kira-kira RM900,000 milik sebuah syarikat kawalan keselamatan aset, Februari lalu.