GEORGE TOWN: Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin di tiga premis rumah kedai di Pulau Pinang terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula jam 12:30 tengah hari itu berjaya merampas 200 mesin melombong bitcoin dianggarkan bernilai RM80,000.
Malah, katanya kegiatan itu turut menyebabkan TNB mengalami kerugian hampir RM100,000 sebulan.
Soffian berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa terdengar bunyi bising dari arah premis terbabit dan merasai haba panas di situ.
Susulan aduan tersebut, polis melakukan serbuan pertama di Jelutong sebelum menyerbu dua lagi premis yang menjalankan kegiatan sama di Jalan Van Praagh.
"Sebuah premis rumah kedai telah dijadikan lombong bitcoin yang menggunakan penyambungan elektrik haram, dlm.Serbuan pertma pdrm tangkap 4 laki cina 20, 35 thn salah sorang tangkapan ada 2 rekod lampau,
"Hasil soal siasat awal telah membawa kepada dua lagi lokasi di Jelutong, di Jalan Perak dan di sini," katanya dalam satu kenyataan.
Soffian berkata empat lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat penyambungan elektrik.
Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Letrik 1990 kerana menggunakan bekalan elektrik secara haram.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jun 11 2021

Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin di tiga premis rumah kedai di Pulau Pinang terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Premis lombong bitcoin diserbu, tujuh ditahan
Kesemua suspek ditahan secara berasingan dalam operasi mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik.

Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.

Penguatkuasaan cegah kegiatan curi letrik untuk melombong bitcoin akan diperkasa - Polis
PDRM kini berkolaborasi bersama TNB membanteras peningkatan mendadak kegiatan mencuri bekalan letrik bagi tujuan melombong bitcoin.

Kebakaran kecil bongkar kegiatan lombong bitcoin haram di taman perumahan
Pemeriksaan dalam rumah itu kemudian menemui empat lelaki berusia 16 hingga 41 tahun sedang bersembunyi di tingkat atas.

Tiga premis jalankan kegiatan lombong bitcoin di Pulau Pinang diserbu
Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin di tiga premis rumah kedai di Pulau Pinang terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.