ROMPIN: PDRM kini berkolaborasi bersama TNB membanteras peningkatan mendadak kegiatan mencuri bekalan letrik bagi tujuan melombong bitcoin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, PDRM telah melakukan 520 tangkapan melibatkan nilai rampasan RM54 juta bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya membabitkan 26 tangkapan dengan nilai rampasan RM1.3 juta.
Tambah Jalil lagi, empat buah negeri direkodkan mempunyai statistik tertinggi bagi kes kecurian elektrik melibatkan aktiviti ‘melombong’ bitcoin ini iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.
"Kita bersama-sama dengan TNB telah bersetuju untuk memperkasakan lagi tindakan di bawah Kanun Keseksaan .
"Selama ini kita lihat kalau kita buka bawah Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik ini tidak menggentarkan mereka. Kita telah memgambil keputusan dan pendekatan yang lebih drastik kita akan ambil tindakan bawah Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mana hukuman hukumannya adalah lebih berat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Jalil berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelupusan barang kes kecurian elektrik TNB Bitcoin di Rompin.
Beliau turut berkata, individu yang terbabit dalam aktiviti haram itu juga boleh disiasat dan dikenakan tindakan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Sepanjang tahun 2020, pihak polis berjaya merekodkan rampasan bernilai RM1.2 juta akibat aktiviti itu, manakala tahun lalu, jumlahnya meningkat secara mendadak kepada RM54 juta.
Manakala menurut Ketua Pengawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, secara umumnya TNB dan kerajaan mengalami kerugian antara RM400 juta hingga RM500 juta setahun akibat aktiviti perlombongan bitcoin secara tidak sah.
Wan Nazmy berkata tugasan unit penguatkuasaan 'Special Engagement Against Losses' atau SEAL daripada TNB dengan kerjasama dari PDRM sentiasa melakukan pemantauan di lokasi yang disyaki terbabit dengan aktiviti haram ini.
"Dalam tiga tahun kebelakangan ini treat, ancaman daripada bitcoin ini telah pun mendadak naik.
"Kita perkasakan lagi pasukan ini supaya mereka diberi teknologi DSN, juga diberi laluan kerjasama PDRM kerana cabaran itu amat luar biasa, dia bukan lagi ancaman biasa," katanya.
Aktiviti melombong bitcoin bukan satu kesalahan dan individu atau syarikat yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada TNB dan mereka akan dikenakan kadar tarif elektrik komersial untuk menjalankan aktiviti berkenaan.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Feb 17 2022
PDRM telah melakukan 520 tangkapan melibatkan nilai rampasan RM54 juta bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya membabitkan 26 tangkapan dengan nilai rampasan RM1.3 juta. - Foto Astro AWANI
Lelaki tikam kekasih 79 kali selepas diberitahu hamil
Suspek dikenali sebagai Jibril turut menafikan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang dikandung wanita terbabit.
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Premis lombong bitcoin diserbu, tujuh ditahan
Kesemua suspek ditahan secara berasingan dalam operasi mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik.
Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.
Penguatkuasaan cegah kegiatan curi letrik untuk melombong bitcoin akan diperkasa - Polis
PDRM kini berkolaborasi bersama TNB membanteras peningkatan mendadak kegiatan mencuri bekalan letrik bagi tujuan melombong bitcoin.
Kebakaran kecil bongkar kegiatan lombong bitcoin haram di taman perumahan
Pemeriksaan dalam rumah itu kemudian menemui empat lelaki berusia 16 hingga 41 tahun sedang bersembunyi di tingkat atas.
Tiga premis jalankan kegiatan lombong bitcoin di Pulau Pinang diserbu
Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin di tiga premis rumah kedai di Pulau Pinang terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.