KUALA LUMPUR: Tiga Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT) akan mula beroperasi seawal minggu hadapan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Noraini dalam kenyataan pada Sabtu berkata PPV IPT berkenaan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam akan beroperasi bermula 7 Jun manakala PPV IPT Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (@AmDI) USM mula beroperasi pada 14 Jun.
"Tiga PPV IPT ini merupakan sebahagian daripada 19 PPV IPT yang dicadangkan oleh KPT bagi membantu PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) dalam menyediakan akses lebih luas kepada rakyat untuk divaksin.
"KPT mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) atas peluang kerjasama yang diberikan kepada pihak IPT untuk bersama-sama menangani wabak COVID-19 di negara ini.
"KPT yakin dan komited bahawa inisiatif bersama ini mampu melandaikan jangkitan COVID-19," katanya.
Noraini memaklumkan pemberian vaksin di UiTM Kampus Puncak Alam akan dibuat di Dewan Berlian yang mempunyai kapasiti 1,500 orang pada satu-satu masa dengan waktu pengoperasian bermula 9 pagi hingga 8 malam.
Beliau berkata perkhidmatan itu akan dilaksanakan secara hibrid dengan pemberian vaksin secara pandu lalu turut disediakan di Hospital UiTM, Kampus Puncak Alam.
Bagi PPV IPT USM pula, beliau berkata pemberian vaksin yang akan dijalankan di Dewan Peperiksaan A dan B, Kampus Induk USM itu juga secara hibrid dengan sasaran 400 hingga 1,000 dos sehari.
"Perkhidmatan pemberian vaksin kepada orang ramai secara pandu lalu turut dirancang bagi kes-kes tertentu seperti OKU," katanya.
Noraini berkata pemberian vaksin di PPV IPT @AmDI, Bertam akan dilaksanakan di Dewan Al-Azahari dengan kapasiti 200 orang pada satu-satu masa dengan sasaran 1,000 orang sehari, kedua-dua PPV IPT itu akan beroperasi pada 9 pagi hingga 5 petang.
Bernama
Sat Jun 05 2021
Noraini berkata pemberian vaksin di UiTM Kampus Puncak Alam akan dibuat di Dewan Berlian yang mempunyai kapasiti 1,500 orang pada satu-satu masa dengan waktu pengoperasian bermula 9 pagi hingga 8 malam. -Gambar fail
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
KPWKM akan siasat aduan pihak ambil kesempatan terhadap kanak-kanak - Noraini
Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntuk di bawah KPWKM sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Sokong usaha Malaysia jadi peneraju pengukuhan sistem timbang tara - Wanita UMNO
Noraini menyeru semua pihak agar beri sokongan kepada usaha mendesak proses perundangan timbang tara diperkemas dan diperbaiki.
Wanita UMNO nafi minta Noraini berundur
Ujar Rosni, kebanyakan negeri menyatakan sokongan mereka tanpa paksaan kepada Ahli Parlimen Sulong itu untuk terus menerajui Wanita UMNO.
KPT alu-alukan cadangan tubuh universiti wanita
Ketika ini bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar.
Menu Keluarga Malaysia di IPT perlu ambil kira kepelbagaian komposisi kaum
Satu pelan tindakan yang holistik, sinergi dan mampan akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasa kebajikan siswa.
Malaysia terus jadi destinasi pilihan pelajar antarabangsa - Noraini
Malaysia masih menjadi destinasi pilihan untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian mereka, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Banjir: Peminjam PTPTN terjejas dapat penangguhan bayaran 3 bulan
Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara.