LABUAN: Tiga penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu dan Lahad Datu ditahan pada Rabu kerana disyaki menerima rasuah bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah.
Ketiga-tiga suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12.00 tengahari ketika hadir di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Labuan untuk memberi keterangan.
Menurut sumber, suspek berusia 50 hingga 60 tahun disyaki menerima suapan kira-kira RM3,000 sehingga RM5,000 daripada syarikat-syarikat operator pelancongan antara tahun 2017 hingga 2019 bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah untuk penambahan penumpang melebihi 12 orang tanpa mengikut prosedur permohonan penambahan penumpang yang sebenar.
Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Tambah beliau, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Labuan esok bagi tujuan permohonan reman.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jan 18 2023
Ketiga-tiga suspek ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12.00 tengahari ketika hadir di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Labuan untuk memberi keterangan.
Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik
Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
Filipina tidak akan berundur dalam pertikaian laut, walaupun perjanjian dengan China - Marcos
Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata Presiden Ferdinand Marcos Jr.
Usahawan penyewa premis MARA catat prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion pada 2023
Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan usahawan di kalangan penyewa premis MARA dengan prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion bagi tahun 2023.
Kanak-kanak hilang: Polis tahan 3 individu, klasifikasi sebagai kes culik
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Lirik lagu perlu tepati ciri agar malar segar - Habsah Hassan
Habsah Hassan berpendapat sesebuah lagu berpotensi menjadi malar segar sekiranya dilengkapi lirik yang baik, termasuk mempunyai jalan cerita, unsur puitis dan kosa kata yang tepat.
SUKMA 2024: Kelajuan jadi senjata skuad ragbi wanita Selangor
Skuad ragbi wanita Selangor optimis dapat menebus kekecewaan SUKMA 2022 dan mengutip pingat emas pada SUKMA Sarawak, bulan hadapan.
Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.
Dua pembantu rapat Imran Khan ditahan
Pihak Polis Pakistan menahan dua pembantu rapat bekas perdana menteri Imran Khan dalam sebuah serbuan ke atas sekretariat parti, Pakistan Tehreek-E-Insaaf (P-T-I) pada Isnin,
Ancaman baharu kepada wanita hamil, bayi baru lahir
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan malnutrisi terhadap wanita hamil dan bayi baharu lahir di Gaza yang diserang Israel
Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung tiga hari - SPRM
Suspek ditahan bagi siastaan membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya bernilai kira-kira RM6 bilion di Lembah Klang.
Pasport terbang: Tiga anggota penguat kuasa direman enam hari
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'pasport terbang'.
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan.
Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah
Pasangan suami isteri pempengaruh yang tular berhubung kes derma kekal direman selama empat hari.
Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu
Seorang pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,866.20, empat tahun lalu.
SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.