KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan usahawan di kalangan penyewa premis MARA dengan prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion bagi tahun 2023.
Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi itu sekali gus telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan kepada 14,409 orang dalam tempoh berkenaan.
"Salah satu matlamat kita adalah mentransformasikan dan mewajahkan premis-premis MARA yang begitu besar di seluruh Malaysia supaya menanam dan mengubah persepsi masyarakat bahawa premis-premis MARA ini memang berdaya maju dan hebat untuk masa akan datang.
"Jadi sebab itulah, pentingnya untuk kita memperkasa dan mengangkat lagi martabat ataupun imej premis ini supaya penyewa juga mendapat manfaat daripada tempat yang kita tawarkan dengan kadar sewa yang amat rendah daripada pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Konvensyen Penyewa MARA Se-Malaysia 2024 di sini pada Isnin.
Mengenai 'polisi keluar' premis MARA yang masih disewa usahawan berjaya, Asyraf Wajdi berkata kedua-dua pihak perlu memahami matlamat MARA menyediakan premis-premis itu adalah bertujuan membantu usahawan baru memulakan perniagaan dan melonjakkan tahap perniagaan mereka.
"Jadi kita minta, mesti ada satu tempoh bilamana mereka sudah capai tahap kejayaan dalam perniagaan dan mereka mesti ada nilai keprihatinan untuk membantu usahawan-usahawan lain.
"Kita tidak akan mampu menyediakan premis di seluruh Malaysia dan menambah lagi peruntukan pembangunan sebab itu dalam konteks ini, konvensyen ini sedikit sebanyak memberi kesedaran yang akhirnya mereka (penyewa MARA) perlu bersedia memberi peluang kepada usahawan baru," katanya.
Mengenai konvensyen hari ini, beliau berkata program julung kali diadakan itu menghimpunkan seramai 600 penyewa MARA dari seluruh negara bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara bersemuka dan bertukar pandangan dalam meluaskan jaringan perniagaan mereka.
Turut hadir Ketua Pengarah MARA Datuk Seri Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi memaklumkan terdapat 225 daripada keseluruhan 7,284 premis disewakan MARA telah dikenal pasti digunakan sebagai stor.
"Lot-lot premis yang kita kenal pasti dijadikan stor-stor ini kita minta supaya mereka kembali ke perjanjian yang telah kita persetujui," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Asyraf Wajdi berkata prestasi itu sekali gus telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan kepada 14,409 orang dalam tempoh berkenaan. - Foto fail/BERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).