KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri pempengaruh yang tular berhubung kes derma kekal direman selama empat hari selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan yang dibuat pasangan itu selaku pemohon.
Ketika membaca keputusan, beliau berkata, Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dalam membenarkan permohonan reman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Isu tiada kaitan antara pemohon dengan kesalahan yang disiasat tidak mempunyai merit.
“Sebarang kesalahan yang dilakukan pemohon-pemohon, jika ada, hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai, justeru itu pemohan semakan ini ditolak,” katanya.
Hakim ini berkata, SPRM seharusnya dibenarkan untuk melengkapkan siastaan mereka terhadap dua pemohon ini maka perintah reman oleh Majistret terhadap mereka adalah sah.
Semasa hujahan, peguam, Abd Rahim Ali yang mewakili kedua-dua pemohon itu berkata, permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya, mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, iaitu membabitkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.
Beliau berkata, seksyen itu menyentuh kes bagi mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudara atau sekutu, melakukan suatu kesalahan.
“Mereka ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, namun SPRM menggunakan permohonan reman mengikut Seksyen 23 (1) akta itu terhadap anak guam saya.
“Jadi, kami membuat bantahan, sebab tak kena dengan seksyen yang dimohon oleh SPRM, hakikatnya mereka bukan seorang penjawat awam,” katanya yang turut disertai peguam, Abi Mursyidin Awal dan Fithril Hakim Ab Jalil.
Menurutnya, pasangan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana badan awam seperti yang tertakluk dalam Seksyen 3 Akta SPRM, iaitu akta yang membolehkan mereka disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama.
"Pemegang saham dalam syarikat (yang terbabit) hanyalah Orang yang disiasat (OYDS) pertama dan kedua.
“Ahli-ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.
"Oleh kerana tidak terdapat sebarang kaitan, maka perintah reman yg diberikan Mahkamah Majistret hendaklah diketepikan," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, permohonan reman bukan suatu subjek yang perlu dibincangkan sekarang.
Menurutnya, permohonan semakan ini adalah pramatang kerana tiada apa-apa asas untuk mengatakan siasatan telah selesai dan tiada kesalahan di bawah seksyen tersebut.
Beliau berkata, prosedur reman ini adalah penting untuk kedua-dua pemohon dalam membuktikan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan atau sebaliknya.
“Jika kita menggunakan hujahan itu, maka mana-mana suspek tidak boleh direman untuk siasatan bagi sebarang kes.
“Siasatan perlu dibuat secara menyeluruh, maka mana-mana orang yang disyaki perlu ditangkap terlebih dahulu kemudian berlanjutan ke permohonan reman,” katanya.
Menurutnya, sudah menjadi amalan ketika siasatan dibuka, namun tidak semestinya mereka akan dituduh mengikut seksyen yang sama.
Sementara itu, Law Chin How berkata, sebanyak 13 program telah disediakan di platform kutipan derma melalui dua pemohon itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat beberapa program yang masih belum dikenal pasti untuk kutipan derma malah mereka gagal mengemukakan transaksi kewangan bagi setiap program tersebut.
“Mereka gagal mengemukakan dokumen pembayaran bagi setiap program yang dilaksanakan.
“Kesemua transaksi penerimaan kutipan sumbangan gagal dikemukakan dan suspek gagal menunjukkan transaksi kewangan kutipan sumbangan bagi setiap program yang dijalankan,” katanya.
Pada Khamis, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, tular berhubung isu derma, direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah, bermula 2022 lalu.
Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah terhadap pasangan yang mencipta kontroversi berhubung masalah rumah tangga itu, selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, iaitu membabitkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.
Sementara itu, turut direman bermula Khamis ialah dua lelaki yang merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan bantuan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, ahli peniagaan tudung terbabit ditahan SPRM, pada jam 6.40 petang, Rabu.
Menurut sumber, ia berhubung siasatan kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.
Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.
Berikutan itu, pasangan itu telah tampil dan menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 12 2024
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan yang dibuat pasangan itu selaku pemohon. - Gambar/ Sinar Harian
#AWANIRingkas 23 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Disember 2024
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
Pakej pelancongan Seoul: MOTAC terus pantau, tindakan sewajar akan diambil
Tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dengan semua mangsa digesa membuat laporan polis serta aduan ke MOTAC.
Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming
Resah berganda dan tidur Khairul Aming tidak lena memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim.
DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bantu beri asas penggunaan bahasa
Antaranya, Dr Malar Santhi Santherasegapan, yang merupakan seorang doktor dan juga aktivis yang kini bertugas di Hospital Columbia Asia.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
SC rekod 3,380 aduan penipuan, aktiviti tidak berlesan setakat suku ketiga 2024
Kes-kes pada hari ini bertambah sofistikated, turut melibatkan penggunaan teknologi 'deepfake' dan MO yang semakin berkembang.
Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh di TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Alif Teega, Aisyah Hijanah dijangka dituduh masing-masing 10 kes salah guna dana
Alif yang memakai kemeja biru gelap sementara Aisyah mengenakan jubah berwarna hitam, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menanti.
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Kes buli siber: Kertas siasatan mendiang Esha dirujuk AG
M. Kulasegaran berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kes tersebut secara terperinci bagi membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.