Ketiga-tiga penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka yang dilaporkan hilang pada Khamis ditemui selamat di Stesen Keretapi Taiping pada kira-kira pukul 6.30 petang ini.
Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata seorang daripadanya Nirosha A/P Nantha Gopal, 14, sudah pulang ke Rumah Kanak-kanak Arau manakala kakaknya Nishanty, 17, dan rakannya Amira Anisa Aziman, 16, masih lagi berada di Balai Polis Taiping.
"Menurut keterangan mereka mahu ke rumah saudara kepada Amira Anisa di Taiping untuk menghilangkan rasa bosan," katanya.
Kes akan ditutup apabila Balai Polis Taiping mendapat pengesahan lanjut daripada ketiga-tiga mereka, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.
Ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas mengikuti latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.
Ketiga-tiga mereka ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau atas perintah mahkamah kerana diabaikan keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019
Ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas mengikuti latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Tiga pelajar sekolah hilang dijumpai selamat
Ketiga-tiga penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka yang dilaporkan hilang semalam ditemui selamat di Stesen Keretapi Taiping pada kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat.