MACHANG: Tiga pekerja warganegara Bangladesh maut selepas dipercayai tertimbus tanah semasa mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya, dekat Kampung Maka, Pulai Chondong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
"Kesemua mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke Hospital Machang untuk proses selanjutnya," katanya.
Seorang saksi kejadian Anies Asiykin Ariffin, 29, berkata beliau hanya sedar mengenai kejadian itu selepas terdengar jeritan beberapa pekerja di tapak pembinaan itu yang berlari meminta pertolongan daripada pemandu jentera pengorek untuk menyelamatkan rakan mereka yang tertimbus.
"Pada waktu itu, saya sedang memasak di dapur, jarak antara rumah saya dengan tempat kejadian kira-kira 50 meter, saya terkejut apabila dengar jeritan pekerja-pekerja terbabit," katanya.
Seorang lagi saksi Amiro Anuar, 36, pula berkata beliau terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya di salah sebuah sekolah di sini, selepas menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan mengenai kejadian itu.
"Pada waktu itu, saya amat bimbang mengenai apa yang berlaku kerana rumah saya sangat dekat dengan lokasi kejadian, kira-kira dalam 50 meter.
"Apabila sampai di rumah, saya lihat ramai orang kampung melihat kejadian dan ada beberapa polis serta bomba turut berada di lokasi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023

Tiga pekerja warganegara Bangladesh maut selepas dipercayai tertimbus tanah semasa mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya, dekat Kampung Maka, Pulai Chondong, hari ini. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pekerja warga Bangladesh maut terkena renjatan ketika memotong rumput
Seorang pekerja warga Bangladesh maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemotongan rumput.

Tiga pekerja warga Bangladesh maut tertimbus di Machang
Tiga pekerja warganegara Bangladesh maut selepas dipercayai tertimbus tanah semasa mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya, dekat Kampung Maka.

Pekerja Bangladesh maut dilanggar forklift
Kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi turut menyebabkan seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Anuwor Hossem, 32, mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut.

Dua pekerja gudang maut ditimpa palet kotak kurma
Kedua-dua mangsa berusia 40-an mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.