SERI ISKANDAR: Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dilanggar rakan sekerja dengan sebuah forklift di sebuah kilang memproses getah, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata mangsa Md Milon Sheikh, 32, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bota akibat kecederaan parah di bahagian dada.
Menurutnya, kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi turut menyebabkan seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Anuwor Hossem, 32, mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut.
"Berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kemalangan itu dipercayai berlaku apabila semasa forklift yang dipandu seorang lelaki warga tempatan sedang membuat tugasan menyusun bahan mentah getah untuk diproses manakala dua mangsa sedang menunggu forklift tersebut untuk memunggah masuk bahan-bahan mentah yang ingin dipindahkan.
"Tiba-tiba forklift berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar kedua-dua mangsa.
"Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bota untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin.
Menurutnya, susulan kejadian itu, pihak polis bertindak menahan pemandu forklift tersebut bagi membantu siasatan dan dibebaskan pada Isnin.
Beliau berkata, kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, pihaknya telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Katanya, susulan siasatan awal yang dijalankan, pihak JKKP telah mengeluarkan arahan henti kerja untuk aktiviti penggunaan forklift di dalam kilang tersebut sehingga siasatan lengkap dijalankan dan mengarahkan tindakan penambahbaikan dibuat oleh pemilik premis.
"JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.
Menurut Zamzurin, majikan bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisa risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.
Jelasnya, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Berita asal: Pekerja Bangladesh maut dilanggar forklift
Sinar Harian
Mon Apr 05 2021

Pegawai penyiasat JKKP Perak sedang memeriksa forklift dan lokasi kejadian kemalangan yang mengakibat seorang warga Bangladesh maut di kilang berkenaan. -Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pekerja kilang maut dihempap forklift
Bomba mendapati seorang lelaki berusia 18 tahun terperosok di bawah forklift dalam keadaan cedera parah di bahagian kepala.

Pekerja Bangladesh maut dilanggar forklift
Kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi turut menyebabkan seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Anuwor Hossem, 32, mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut.

Lelaki maut dipercayai dihempap forklift
Pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 5.32 petang dan segera mengerahkan lapan anggota dan pegawai ke lokasi bagi melakukan kerja menyelamat.

Warga emas maut jatuh bersama forklift
Seorang warga emas maut selepas terjatuh bersama forklift yang dinaikinya ketika proses menaikkan jentera tersebut ke tingkat 4 sebuah bangunan di Perai, Pulau Pinang, pada Isnin.

Kanak-kanak enam tahun hancur kaki digilis 'forklift'
Mangsa dikatakan sedang bermain di sebuah kilang papan sebelum kakinya digilis jentera yang sedang melakukan kerja.