Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menempatkan tiga kakitangan KPKT di setiap Sekretariat Muafakat Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam usaha meningkatkan kesedaran komuniti terhadap aspek kebersihan di kawasan perumahan PPR diseluruh negara.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pegawai berkenaan akan membantu serta memantau sekretariat berkenaan dalam melatih penduduk PPR tentang pentingnya program pengasingan sampah dan menjana pendapatan sampingan menerusi sampah yang dikitar semula.
Katanya, pegawai berkenaan akan ditempatkan secara sepenuh masa bagi memudahkan urusan penduduk mendapatkan maklumat mengenai program Eko Komuniti #trashtocash iaitu Inisiatif KPKT dibawah pelaksanaan Dasar Komuniti Negara.
Setakat ini, 4 PPR terlibat dengan sekreteriat berkenaan membabitkan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Manakala enam lagi membabitkan negeri Johor, Terengganu , Perak dan Sabah akan dilaksanakan antara 16 November hingga 8 Disember depan.
"Tiga pegawai KPKT secara sepenuh masa untuk kendalikan sekretariat muafakat yg akan lancarkan sebentar lagi, di bawah dasar Komuniti Negara kita membentuk sekretariat yang ada pejabat di sini yang akan dipimpin pegawai KPKT untuk budayakan mereka, harta benda mereka dan tingkatkan aktiviti, ekonomi dan gotong royong," katanya di sini hari ini.
Zuraida berkata pihaknya menyasarkan sebanyak 10 buah PPR akan menubuhkan sekretariat itu pada tahun ini manakala 20 buah lagi PPR pada tahun depan.
Mengulas mengenai program Eko Komuniti, beliau berkata program itu diperkenalkan bagi menggalakkan penglibatan komuniti setempat terutamanya penduduk yang menetap di PPR dalam menjaga kebersihan awam dan mengutamakan kesihatan.
Menurutnya, program itu juga membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan pengasingan sampah di samping membantu menjana pendapatan sampingan dengan sampah yang dikitar semula.
PPR Taman Bagan Jaya merupakan siri pertama pelancaran program Eko Komuniti dan lima lagi lokasi telah dikenal pasti untuk program itu antaranya PPR Desa Mutiara, Tebrau di Johor; PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Laman Budaya, Kuala Kangsar di Perak, Taman Kosas, Ampang Selangor dan PPR Taman Sri Keramat, Putatan Sabah.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran program Eco Komuniti #Trashtocash Sekreteriat Muafakat di PPR Bagan Jaya, Butterworth pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 09 2019

Menurut Zuraida, pegawai berkenaan akan ditempatkan secara sepenuh masa bagi memudahkan urusan penduduk mendapatkan maklumat mengenai program Eko Komuniti #trashtocash. - Gambar fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiga pegawai KPKT di PPR bantu tingkat kesedaran kebersihan - Zuraida
Pegawai berkenaan akan membantu serta memantau sekretariat berkenaan dalam melatih penduduk PPR tentang pentingnya program pengasingan sampah dan menjana pendapatan sampingan.

Tiada perbincangan politik - Zuraida
Pertemuan di kediaman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari jam 8 malam tadi adalah bertujuan memberikan penerangan berkaitan Dasar Komuniti Negara.

Sekretariat Muafakat Komuniti lahirkan sikap positif masyarakat- Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata PPR Lembah Subang 2 merupakan projek perintis kepada program berkenaan.