ISKANDAR PUTERI: Johor, Pahang dan Terengganu bakal menjadi pengeluar utama susu segar negara pada masa akan datang dalam langkah memperluaskan sektor industri berkenaan dengan sokongan kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara terbabit telah dibincangkan ketika pertemuan beliau bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mersing pada Sabtu.
"Ketiga- tiga negeri ini sedia untuk menjalinkan kerjasama menjadi pengeluar susu segar.
"Perbincangan awal terbabit telah saya maklumkan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengadakan lawatan dua hari di negeri sejak semalam.
"Diharapkan permohonan peruntukan untuk Terengganu dan Pahang bagi memperluaskan sektor industri susu segar ini juga dapat diputuskan pada kadar segera agar projek dirancang dapat berjalan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada sesi penyerahan kunci Projek Perumahan Kampung Pendas Baru Fasa 2 di sini pada Ahad.
Hasni menambah, Johor bakal mempunyai pusat pengeluaran susu segar di Mersing iaitu Jemaluang Dairy Valley yang berkeupayaan mengeluarkan kira-kira 5.1 juta liter susu segar setiap hari.
BACA: Kerajaan Johor, ECERDC bekerjasama bangunkan Lembah Tenusu Jemaluang
BACA: Bajet 2022: Johor mohon peruntukan tambahan
Katanya, Jemaluang Dairy Valley yang dibangunkan dengan peruntukan awal sebanyak RM70 juta itu masih dalam lantikan kontraktor dijangka siap pada akhir tahun ini.
Sebelum itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan tiga menteri besar terbabit di Mersing pada Sabtu. Pertemuan itu telah dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda pada hari yang sama.
Tiga menteri besar terbabit sebelum itu menghadiri Majlis Taklimat Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bersama Menteri Besar-Menteri Besar Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 19 2021

Hasni (tiga dari kiri) menyerahkan kunci rumah kepada penduduk bagi projek penempatan semula perumahan di Kampung Pendas Baru Fasa 2 di Iskandar Puteri pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.

Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.

Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.

Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.