KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah unit kediaman di Jalan Kuchai Maju, di sini, pada Isnin kerana disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek ditahan hasil serbuan ke atas unit kediaman itu dan polis menemui tiga unit komputer riba, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem wifi dan sebuah buku nota catitan di situ.
Beliau berkata kesemua suspek berperanan sebagai operator pemantau 'keputusan bola sepak' menggunakan laman web 'dataservices.betgenius.com' dan 'bo.xm33.m8manage.com'.
"Modus operandinya ialah suspek akan menggunakan media sosial melalui aplikasi Wechat untuk mendapatkan mangsa dan siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak Ogos 2020 lepas serta menyasarkan warga tempatan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Amihizam berkata kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang menawarkan peluang pelaburan tidak jelas dan perlu membuat semakan dengan agensi berkaitan sebelum membuat keputusan.
Amihizam menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan itu. Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak Ogos 2020 lepas serta menyasarkan warga tempatan.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
11 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja, diselamatkan dan dibawa pulang
Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.
Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Peniaga rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Lelaki berusia 42 tahun itu diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai MCMC dan polis kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Suri rumah rugi hampir RM700,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang suri rumah kerugian RM690,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
Kerajaan peruntuk RM30 juta bendung kes penipuan, pertingkat keselamatan siber
NACSA diberi tambahan perjawatan 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.
Enam ditahan terlibat sindiket pelaburan 'Kakaue', kerugian cecah RM18 juta
Polis menahan enam rakyat tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan "Kakaue" melibatkan nilai kerugian RM18 juta.