Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 42 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Beliau berkata, pada 22 Ogos lepas, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai MCMC menyatakan nombor telefonnya telah digunakan untuk aktiviti penipuan.
Mangsa kemudian dirujuk kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan terdapat waran tangkap terhadapnya kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.
"Mangsa berasa takut apabila menerima waran tangkap yang dihantar oleh suspekmelalui aplikasi WhatsApp. Dalam tempoh 22 hingga 24 Okt, mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM446,800 dengan 51 transaksi ke 11 akaun bank bagi tujuan siasatan oleh suspek.
"Pada 25 Okt, mangsa berasa ditipu apabila suspek tidak memulangkan wang seperti dijanjikansetelah siasatan selesai. Sumber kewangan ialah wang simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat. - BERNAMA