KUALA BESUT: Tiga buah kedai sederet separuh kekal di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Seberang Kastam dekat sini terbakar dalam kejadian petang Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Mohamad Jusoh berkata kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang itu membabitkan dua buah kedai makan dan sebuah kedai menjual peralatan bot nelayan.
"Kedai pertama dan kedai kedua yang merupakan kedai makan serta kedai menjual peralatan bot nelayan musnah 100 peratus manakala kedai ketiga juga sebuah kedai makan terbakar lebih 20 peratus.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal api daripada merebak ke keseluruhan kedai ketiga dan kebakaran berjaya dikawal pada 4.55 petang," katanya.
Mohamad berkata sebanyak 15 anggota membabitkan dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dengan dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Jertih dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut Tengku Harun Tengku Ismail berkata ketiga-tiga premis tersebut adalah milik PNK Besut yang telah disewakan.
Difahamkan kebakaran bermula daripada kedai makan pertama disyaki berlaku litar pintas, katanya.
"Ketika kejadian, kedai makan pertama dan kedai peralatan bot nelayan tidak beroperasi tetapi kedai makan yang lagi satu sedang beroperasi dan terdapat beberapa orang pelanggan namun semuanya sempat menyelamatkan diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang itu membabitkan dua buah kedai makan dan sebuah kedai menjual peralatan bot nelayan. - Foto Facebook/Wan Malek
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga kedai di Kompleks LKIM Kampung Seberang Kastam terbakar
Difahamkan kebakaran bermula daripada kedai makan pertama disyaki berlaku litar pintas.